Sunday, November 9, 2008

SPM..seperti saat burung hendak terbang pertama kali.




Ketika seekor anak burung yang baru sahaja menetas dari sebiji telur, dia telah berada dalam keadaan yang selamat di dalam sarangnya berdampingan dengan ibu burung serta anak-anak burung yang lain. Dia melihat ibu burung itu menyerupai sepertinya tetapi saiznya lebih besar. Dia juga tidak mengetahui apa-apa apabila baru sahaja menghirup nafas di dunia ini.

Apabila dia lapar, ibu burung akan memberikan makanan kepada semua anak-anak burung di dalam sarang burung itu. Diberikan makanan itu sama rata sesama mereka. Jika keadaan sarang burung itu mengalami kerosakan sedikit, ibu burung akan terus membaikinya agar anak-anak burung di dalamnya dalam keadaan selamat. Ibu burung terus menjaga, mengasuh, mendidik, memberi makan, dan memelihara mereka sehingga mereka membesar menjadi seekor burung dewasa sepertinya.

Anak-anak burung melihat ibu burung mampu terbang ke langit tinggi, dan mereka juga ingin berbuat seperti demikian, tetapi malangnya sayapnya terlalu kecil untuk dikepakkan, kaki pula masih tidak dapat berdiri dengan betul, bila melihat kedudukan sarang yang tinggi di atas pokok, masih tiada keyakinan untuk mencuba terbang seperti ibunya.

Maka masa silih berganti, musim silih bertukar, sedar tidak sedar, anak-anak burung sudah membesar menjadi dewasa. Sudah memiliki sayap yang besar. Sudah tegap berdiri di atas kaki sendiri. Sudah mempunyai keyakinan diri kerana anak burung ini sudah membesar seperti ibunya.

Selepas sekian lama belajar daripada ibunya dengan pemerhatian, kini sudah tiba masanya anak burung ini mencuba untuk terbang seperti burung-burung dewasa yang lain. Mereka yang selama ini melihat kebanyakkan burung terbang ke langit tinggi, sudah sampai masanya untuk mereka cuba mencapai cita-cita mereka selama ini.

Akhirnya mereka lompat dari sarangnya yang sudah menjadi saksi tempat mereka membesar selama ini. Mereka mengepakkan sayapnya dan cuba untuk menstabilkan diri agar dapat terbang dengan elok. Mungkin ada di antara anak burung ini tidak dapat terbang dengan lancar pada permulaannya, tetapi setelah mengenalpasti kesilapannya, dia mencuba lagi dan berjaya terbang terus ke langit tinggi bersama-sama burung yang lain.

Mereka berbangga kerana telah berjaya dengan usaha mereka dan terus terbang ke langit tinggi. Terus meluncur dengan burung-burung yang lain melihat betapa luasnya dunia ini. Mereka sudah mahir terbang dan terus terbang. Mereka juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang baru serta burung-burung dewasa yang lain. Mereka sudah pandai mencari makanan sendiri. Mereka juga sudah pandai membina sarang yang baru. Sehinggalah mereka juga berjumpa dengan teman hidupnya dan membina kehidupan yang baru.

Mereka telah melalui semua itu dan berseronok malah berbangga. Tetapi, mereka terlupa tentang sesuatu, mereka terlupakan tentang ibu mereka yang membesarkan mereka serta sarang yang menjadi saksi mereka membesar serta saksi kepada usaha ibu mereka yang membesarkan mereka.

Si ibu terus menantikan anak-anak burung itu jika mereka menjumpai sarang itu kembali. Si ibu menitiskan air mata pada saatnya mereka semua sudah terbang ke luar sana. Titisan itu bukanlah kerana dia ditinggalkan oleh mereka, tetapi si ibu berbangga kerana anak-anak burung ini sudah meningkat dewasa dan sudah boleh menjaga diri sendiri.

Walaupun ibu burung menanti di sarang itu, tetapi ibu burung tidak membuang masa hanya dengan menunggu sahaja, tetapi ibu burung terus menjaga dan membesarkan anak-anak burung yang baru di sarang itu. Membesarkan dengan cara yang sama seperti anak-anak burung yang sebelum ini dengan harapan mereka ini akan menjadi lebih baik dari dirinya yang sudah tua di telan zaman ini.

Selalu sahaja ibu burung ini bertekad diri dengan azamnya kepada anak-anak burung ini:

"Aku akan jadikan kau lebih baik dari diriku ini dan engkaulah yang akan memenuhi angkasa raya di atas kepala ku ini setelah aku tidak lagi berdaya."

SPM itu Tiket?


Sedar tak sedar, sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan masa yang lepas. Kini sudah hampir tahun 2008 menutup tirainya. Sudah kita sedia maklum, jika pengakhiran tahun ini di Malaysia, pasti akan tiba suatu peperiksaan yang sangat besar bagi semua pelajar Tingkatan 5 di Malaysia, itulah ia Peperiksaan SPM.

Saya selaku salah seorang Pembantu Makmal di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia ini, mewakili semua Pembantu Makmal SeMalaysia ingin mengucapkan kepada semua calon Peperiksaan SPM di seluruh negara..; "Selamat menduduki Peperiksaan SPM dan Semoga Maju Jaya!! Lakukan yang terbaik!! Jawab elok-elok!!"
hmm..Tiba-tiba saya terfikir sesuatu, kenapa pula mengucapkan "selamat" untuk mereka yang ingin menduduki peperiksaan ini atau apa-apa perayaan seperti "Selamat Hari Raya" atau "Selamat Jalan"? Kenapa tidak ucapkan "Happy" atau apa-apalah.? Bukankah ucapan "selamat" itu seperti kita mendoakan semoga ia selamat melalui sesuatu?

Bila melihat kepada statistik, sememangnya wajarlah ucapan selamat diajukan kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung atau pun ingin pergi ke jalan raya. Kerana terlalu ramai yang menghadapi kemalangan jalan raya ketika ingin pulang beraya ataupun melalui jalan raya.

Saya teringat suatu peristiwa di tahun 2005, di mana terdapat laporan seorang calon SPM meninggal dunia ditimpa kemalangan ketika beliau ingin pergi belajar bersama dengan kawan-kawannya dan kejadian itu adalah sangat berdekatan dengan rumahnya. Memang sangat tragik laporan tersebut. Ada juga laporan pada tahun yang sama juga terdapat calon SPM yang ditimpa kemalangan jalan raya ketika pulang ke rumah setelah selesai menduduki kertas SPM.

Maka sememangnya wajar diucapkan "Selamat menduduki SPM" kepada semua calon SPM kerana kebanyakkan daripada mereka sudah mula menunggang motorsikal serta memandu kereta. Pandulah dengan cermat, ingatlah yang anda belum dapat keputusan SPM lagi dan ingatlah yang tersayang. Jangan jadikan Pengawas Peperiksaan menunggu anda terlalu lama. Anda mampu mengubahnya.

Saya bukanlah ingin menakutkan para pembaca. Tetapi sekadar mengingatkan para pembaca bahawa kita seharuslah senantiasa bersedia untuk kematian, bukanlah mengharapkan kematian itu datang kepada kita terus. Melainkan mati syahid yang menjadi cita-cita tertinggi kita.

Kepada semua calon SPM di seluruh negara, buatlah yang terbaik untuk SPM pada tahun anda. Kerana anda adalah harapan Negara. Jangan sia-siakan usaha anda selama 11 tahun anda menuntut ilmu di dunia ini.

Dan seterusnya ucapan khusus buat semua calon SPM Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak. Ana mendoakan kejayaan antum dan kita semua serta kesejahteraan kita bersama. Berusahalah semaksimum mungkin, jangan cepat putus asa.

Dalam setiap usaha antum semua, jangan lupa akan doa yang semaksimum mungkin untuk kita panjatkan kepada Illahi yang Maha Pemberi Rezeki (ar-Razaak). Berikanlah sedikit masa kita kepada-Nya agar kita menyerahakan segala usaha kita selama ini bukan sahaja semata-mata untuk mendapat keputusan yang terbaik, malah kita berdoa agar semua usaha yang kita kerahkan hanyalah semata-mata untuk mendapat redho-Nya. Ambillah sepertiga malam untuk sujud menghadap Illahi bermunajat sebentar kepada-Nya. Kita sangat dekat pada Allah dalam keadaan kita bersujud pada-Nya, maka mengadulah kepada-Nya.

Janganlah lupa untuk menyingkapi al-Quran sebentar untuk menenangkan hati yang lara lagi gelisah kerana merisaukan natijah(hasil) daripada apa yang kita usahakan selama ini terutamanya pada SPM itu sendiri. Ambillah 'ibrah(pengajaran) juga daripada al-Quran sebagai motivasi kita menghadapi hari esok.

Pergilah tatap wajah ibubapa antum semua sebagai pendorong dan motivasi untuk antum terus berusaha, yang selama ini, mereka tidak pernah berputus asa berusaha demi antum, anak-anaknya yang dikasihi lagi dicintai. Belum tentu jasa mereka dapat dibayar dengan keputusan SPM antum, tapi mereka cukup bersyukur akan usaha mereka selama ini yang cukup membanggakan mereka. Kalau ada yang ibubapanya pergi menunaikan haji di Mekah, cubalah untuk menelefon mereka, sekurang-kurangnya dapat mendengar suara mereka mengubat kerinduan antum.

Jangan lupa juga meminta redho guru-guru antum yang berusaha mengasah antum menjadi lebih baik dari sebelum ini. Tanpa mereka, kita tidak mampu melonjak ke hadapan, mara dengan yakin, dan usaha yang berhasilan. Ingatlah!! Daripada usaha seorang guru itulah, mampu menghasilkan seorang doktor, jurutera, jurubina, peniaga hebat, pembantu makmal, malah seorang Perdana Menteri sekalipun.

Bantulah sesama antum, rakan-rakan seperjuangan(rufaqa') yang berjuang daripada awal hinggalah pengakhiran jiwa raga antum. Cukup-mencukupilah sesama antum kerana ana tahu antum semua telah kenal diantara satu sama lain malah sudah memahami isi hati rakan-rakan yang lain. Maka bagi menyempurnakan usaha antum selama ini, biarlah kita mengecapi kejayaan bersama-sama.

Jika berlaku dalam kesukaran atau kesusahan, bersedekahlah kerana ia dapat mengurangkan beban antum (al-Mujadalah:12). Dan bertaqwalah di mana sahja antum berada kerana Allah akan memberikan jalan keluar dari segala kepayahan. Malah memberi rezeki dari sudut yang tidak disangka-sangkakan. Kemudian bila sudah menerima segala ketentuan dan ketetapan (qada' qadr) Allah, maka bertawakallah dan bersyukurlah kepada Allah kerana Allah akan mencukup keperluanmu (at-Tholaq:2-3).

SPM bukanlah segala-galanya. Selagi kita bernafas, kita mesti meneruskan kehidupan kita, tetapi SPM ini mampu membantu kita sebaik mungkin untuk masa akan datang kita. Maka jangan ambil mudah, jangan cepat kecewa dan jangan pula buat orang lain kecewa kepada kita, terutamanya ibubapa kita sendiri. SPM ini adalah tiket bonus untuk kita berladang di dunia ini agar ladang kita memberikan hasil dan menjadi bekalan kepada kita untuk ke kampung yang abadi iaitu akhirat nanti.


Sungguh....ana akan merindui saat kita bersama dahulu. Biarlah memori kita bersama selama ini akan terus kita ingat dan menjadi motivasi kepada kita tentang cita-cita kita. Iaitu akan berdampingan di syurga bersama-sama nanti.

Thursday, November 6, 2008

Seluruh Dunia meletakkan Harapan kepada Seorang sahaja?


Baru-baru ni kita mendengar berita tentang kejayaan Barrack Obama memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat dan telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Bahkan berita tentangnya sangat terhebah luas ke serata dunia. Begitu perihatin masyarakat dunia tentang orang ini sehingga segala latar belakang tentang dirinya diketahui oleh semua penduduk dunia ini. Baik di Asia mahupun di Afrika. Mereka menyatakan sokongan serta harapan yang sangat tinggi kepada lelaki ini. Mengapa isu ini begitu penting bagi masyarakat dunia?

Adakah mungkin kerana Amerika yang digelar "Polis Dunia"? Maka dunia ingin tahu siapa pula yang akan mentadbir kuasa besar dunia ini.

Adakah mungkin kerana Dasar Luar Negaranya(Amerika) yang selalu merisaukan masyarakat dunia hari ini? Maka dunia ingin mengambil tahu tentang pembaharuan Dasar Luar Negara yang terbaru ini membawa berita gembira.


Adakah mungkin kerana ingin melihat kepentingan masing-masing terhadap polisi Amerika yang baru? Maka dunia benar-benar ingin memastikan agar polisi Amerika kali ini tidak mengecewakan.


Kerana seorang ini sahaja, dunia sangat mengenali beliau serta terlalu mengambil tahu segala daripadanya, dari peribadi sehinggalah penetapannya pada polisi-polisinya. Sekarang menjadi tanda tanya kepada dunia tentang kabinet beliau yang akan dilantik nanti. Seolah-olah nasib dunia ini terletak pada sebuah rumah yang dicat putih itu.

Inilah keadaan masa kini. Seluruh dunia merujuk kepada Amerika. Mengapa jadi begini sehingga mereka dipandang sebegitu?

Tetapi, hal seperti ini sebenarnya pernah berlaku dan ia berlaku pada orang Islam. Kita tidak pernah berasa hairan kerana dahulu dunia juga merujuk kepada dunia Islam suatu ketika dahulu.


Sultan Abdul Hamid II

Suatu ketika dahulu, orang inilah yang dilihat seluruh dunia tentang dirinya. Segala dasarnya dan keputusannya juga sangat dinantikan. Inilah lelaki yang dipanggil Khalifah Islam.

Dahulu tentera Islam antara tentera yang tercanggih di dunia. Pasukan tentera yang menggunakan senapang terlebih dahulu di dalam sejarah dunia. Teknologi meriam paling awal dan paling berkesan dalam sejarah pembuatan senjata balistik. Armada kapal perang yang terbesar di Eropah ketika eranya.

Sistem kewangan yang lebih bermanfaat kepada rakyat jelata tak mengenal bangsa mahupun agama. Semuanya dijaga kebajikan masing-masing. Cukai yang dikenakan pula sedikit pun tidak membebankan, tetapi orang-orang di Venice,Italy mengambil peluang untuk meningkatkan cukai untuk para pedangang. Orang Islam pula yang difitnah oleh para penulis Orentalis bahawa kerajaan Islam menaikkan cukai perdagangan di pintu masuk Eropah.


Dasar luar negaranya juga sangat disenangi dengan negara-negara jiran mahupun negara musuh. Bahkan negara-negara yang kecil di Eropah juga meminta perlindungan Kerajaan Islam. Mana-mana negara yang ditawan kerajaan ini, pasti merasa hairan kerana mereka tidak sedikit pun terasa dijajah.

Selama beratus tahun Kerajaan Islam sangat gemilang. Sekarang ia tidak lagi seperti dahulu. Digulingkan, dihinakan, dilarang sebarang perkara yang mempunyai sangkutan dengan pemimpin yang bergelar Khalifah itu.


Pada tahun 1925, kerajaan Turki Moden yang telah menggulingkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah, telah mengharamkan semua rakyat Turki memakai tarbus. Ketika itu, berlaku bantahan besar-besaran terhadap penetapan kerajaan baru ini, mereka keluar ke jalan-jalan utama dengan memakai tarbus demi membantah pengharaman terhadap tarbus.


Kenapa tarbus diharamkan ketika itu? Apabila Mustafa Kamal Attarturk menggulingkan pemerintahan khalifah Islam, dia merasakan selama ni orang Turki tak moden seperti Barat. Jadi dia gantikan tarbus tu dengan topi tinggi orang-orang barat. Malah sesiapa yang memakai tarbus akan ditangkap. Sehinggalah jutaan orang ditangkap hanya kerana mereka memakai tarbus. Sehinggakan hukuman gantung akan dikenakan kepada mereka yang berdegil. Dan ratusan orang mati hanya kerana memakai tarbus yang mereka bangga kerana ia seolah-olah menunjukkan kebanggaan nenek moyang mereka yang berjuang demi ISLAM.

Tapi kini. Ramai anak muda sekarang, yang seolah-olah malu akan keturunan mereka yang terdahulu, tidak maju dan kolot. Sehinggalah mereka memilih jalan mereka yang mereka lebih baik daripada apa yang dikecapi oleh orang terdahulu.


INGAT!!! DAHULU KITA SANGAT GEMILANG!!!

Dan kita terus meletakkan harapan kepada seorang yang duduk di dalam rumah yang dicat putih itu.

Saturday, November 1, 2008

Percanggahan pendapat tentang pengakhiran Bumi?

Baru jer selesai tengok cerita dokumentari "The Universe"..menarik..kerana mereka membawa perihal tentang pengakhiran Bumi dengan penerangan saintifik.

Ada fakta yang diterangkan sangat bersangkut dengan apa yang telah diterangkan di dalam al-Quran tentang Hari Kiamat. Ya Allah!! Apabila melihat gambaran secara grafik bergerak yang membayangkan pengakhiran Bumi, terasa sangat gerun dan menakutkan. Tiba-tiba sejenak terfikir, "kenapa selama ni baca al-Quran xterasa segerun ni?". Mungkin sekadar membaca sahaja, tapi tidak mengambil sebarang 'ibrah (pengajaran) daripada al-Quran. Nauzubillah.

Fakta tentang percanggahan pengakhiran Bumi;

Pendapat pertama:
-bila kita melihat langit dan memerhatikan pada suatu bintang yang tetap, kita akan mendapati saiz bintang itu akan bertambah.
-Kenapa jadi begini? Ramai ulama' berpendapat..eh silap..saintis berpendapat bahawa bukan saiz bintang itu yang bertambah, tetapi ia semakin menghampiri galaksi kita.
-Bagaimana ia boleh menghampiri Galaksi kita? kerana tarikan graviti pusat cakerawala(Milky Way) yang kita duduk ni semakin kuat.
-Macamana tarikan tu bole kuat? Haa..kat sini ada percanggahan lagi; ada yang kata ditengah2 galaksi ni ada lohong hitam(black hole), dan ada yang kata kuasa tarikan itu semakin kuat akibat daripada pertambahan saiz center galaksi itu akibat penggabungan dgn jirim2(mass) yang berhampiran dengannya. Pendapat paling kuat adalah yang pertama tentang lohong hitam, tapi saintis yang berpendapat kedua telah mengkafirkan saintis yang berpendapat pertama. Maka kedua-duanya jatuh kafir..(hahahahaha!! xmemasal jer)
- Jadi oleh kerana semuanya semakin tertarik, pasti akan berlaku perlanggaran dan berlaga di antara satu sama lain.
- Pada asalnya semua berada pada orbit masing2, tapi jika ditarik pada suatu kuasa yang kuat, mereka masih dalam orbit masing2, cuma orbit menjadi semakin sempit dan membuatkan mereka(bintang2) membebaskan tenaga yang lebih akibat ruang yang semakin mengecil.
- Maka benda2 yang kecil semuanya akan terbakar.
- (yang menarik dalam fakta ini); dlm dokumentari tersebut ada menyebutkan "keadaan ketika itu seolah2 kita semua digulung seperti menggulung tikar, dan menjadi rapat diantara satu sama lain"..
wa syamsu kuwwirat...
- keadaan bumi ketika itu, air laut akan tersejat kerana kepanasan yang melampau(wa izhal biharu sujjirat..wa izhal biharu fujjirat)..dan bumi akan merekah seperti tanah yang gersang kekeringan air tampak seperti rata(wa izhal ardhu muddat)..
- bila semuanya dihimpunkan (wa jumi'a syamsu wal qamr) menjadi satu belon yang padat dengan air sehinggakan belon pun tak dapat menambung kepadatan tersebut serta tenaga di antara satu sama lain, maka booooom!! pecah..terjadi suatu letupan yang besar (big bang).
- Ketika big bang itu, semuanya menjadi serpihan halus seperti debu(wa izhal jibalu nufisat)..
- Dialog dalam dokumentari tu mcmtu la sebutnya..

Pendapat Kedua:
- Setiap planet punya tenaga dan sumber masing2, dan perlepasan tenaga tersebut akan terus berjalan, bagi setiap bintang2, mereka akan terus membakar. Boleh digambarkan seperti sebuah arang batu yang dibakar. Arang batu akan terus membakar sehinggalah ia tidak mampu membakar lagi dan menjadi abu.
- maka begitulah juga yang akan berlaku pada matahari.
- Apabila tiada lagi cahaya matahari, bumi akan terus merasa sejuk dan diliiputi kegelapan dan salji sejuk.
- Melihat langit juga tidak bercahaya kerana semuanya malap tidak bertenaga(wan syaqatis samaa'u fahiya yauma-izin wahiyah)..
- sehinggalah lohong hitam memakan semuanya(bintang2 tu) dan kemudian menjadi generasi baru yang dilahirkan.

conclusion: yang mana satu pendapat lebih kuat?dlm cerita tu kata yg kedua lebih kuat. tapi kita sudah ade al-Quran tentang Hari Pengakhiran tu..cuma cara penyampaian mereka tu yang menggemparkan tu..Sekali lagi..mereka saling kafir-mengkafirkan mana yang tidak menerima pendapat mereka walhal mereka itulah yang kafir sedang mereka semuanya memang kafir!!(hahahahahaha!!sengal sekali lagi)
- Kita mampu tentukan kebenaran kerana kita sudah beriman dengan Hari Akhirat yang telah diceritakan dalam al-Quran.

lepas tu..sejenak terfikir lagi; "Kenapa org bukan Islam mampu menceritakan hal sedemikian sedang tidak ada sebarang production drpd org islam ttg dokumentari seperti ini?"

Sebenarnya memang ada, seperti Harun Yahya telah banyak membuat dokumentari tentang kebesaran Allah dan isi kandungan al-Quran itu sendiri. Tapi kenapa dia seorang sahaja? Kalau di Astro tu..terlalu banyak cerita dokumentari berkenaan sains yang dibuat oleh orang-orang kafir. Pasal beruk mereka buat, pasal gajah mereka buat, pasal kumbang pon mereka buat, pasal labah-labah pun mereka buat, pasal bencana alam mereka buat, pasal alam semesta mereka buat, pasal tangkap ketam pon mereka buat jugak.. Kita? Sekadar tengok dan mendapat fakta. Tapi disebalik usaha mereka, mereka tetap berkeras kepada pemahaman saintis sebelum ini iaitu dalam falsafah darwin; "segala kehidupan ini adalah hidup di atas kemahuan dirinya". Banyak peluang yang mereka cuba selitkan nilai-nilai yang menolak ketuhanan. Apa lagi nikmat Allah yang mereka ingin dustakan.

Kenapa kita tak cuba untuk membuat dokumentari seperti mereka? Hehe..saya ada terfikir jawapannya, tapi tak tau la betul ker x?hehe..tp rasanyer ni lebih kpd gurauan ar..hehe..

Mungkin sebab kita nampak kerjaya yang lebih baik ialah seperti doktor; rawat orang sakit, gaji mahal.
atau engineer; buat bangunan ker kete ker korek minyak ker ape2 laa..gaji mahal..
atau arkitek; lukis2, kira2, lpstu present..dpt tender..gaji mahal..
jadi pembantu makmal; dok kt makmal memanjang, sediakn barang2 utk eksperimen,kadang2 xsediakan gak..lpstu dpt gaji..hehe..sory

(hehe..)

Kenapa kita tak memilih untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada yang lain?
Kebanyakkan orang yang membuat dokumentari tu, pakar monyet, pakar gajah, dan macam2 pakar la..
Di Malaysia ni ada banyak misteri yang kita belum bongkari tapi tiada orang yang sudi untuk mengajak rakyat Malaysia untuk kita berfikir tentang misteri itu.

Antara contoh yang sangat misteri bagi saya; tentang ulat gonggok..ulat ni makan ape?kenapa dia suka bergulungkan diri?kenapa mesti ulat ni banyak sangat kaki?aaaaarrggh!!dh terlalu banyak persoalan dlm kepala ni..

Friday, October 31, 2008

"Kaunter Pertanyaan" bergerak??

Ketika makan di kantin..tiba-tiba ada orang menyapa.

razif : Eh komot..!!ya Allah!!lama xjumpa..buat apa sini?
komot: eh la razif..!!ya Allah..xde la lama sangat..baru 2 bulan jer..buat ape?tgh makan ler..hehe
razif : mmg la..dh abes blajo ker?
komot: dh..org tgh kije kt sini ar..
razif : oh ye er? eh sini ade keje kosong x?
komot: ade kot..tu pegi ar kt pejabat tu..amik borang..isi..lpstu hanto jer..
razif : iye? klo hanto resume jer bole x?
komot: bole..hanto jer..nnti lps proses..dpt la panggilan utk interview..
razif : cewah..mcm konpem jer..
komot: hehe..tu bkn bidang kuasa sy la yer..
razif : ok komot..thanks a lot for the information
(dia pon pergi ke arah pejabat)

"erm..dia dtg sbb tu jer ker..???org lme xjumpa dgn dia..pegi mcmtu jer?borak tanye kabo pon xsempat"
komot mengadu di dalam dirinya.


Ketika di stesen LRT Jelatek..beratur hendak membeli tiket LRT..berbaris panjang dengan ramai orang yang bersesak-sesak..

Makcik : Dik..nak pegi Melaka naik sini ker?
Komot : Aik?bior benor makcik nk ke Melaka naik LRT?
Makcik : Eh bukan kat sini ker? Adik makcik kata bole naik kat Stesen Jelatek ni?
Komot : Ish..salah faham kot..Stesen LRT ni untuk dalam KL jer makcik.
Makcik : haa??!!yer ker?xkn kne blk jln kaki?
Komot : bkn makcik..agaknye mksd adik makcik tu kt Stesen Bas TransNasional kt seberang jalan tu kot..
Makcik : haa??!!kt mne tu?ouh ye la kot..sbb tiket ni ade tulis TransNasional gak..
Komot : xpe makcik..biar sy bwk makcik ke sana..

"punya ramai org kt sini..nape aku yg dipilih utk ditanya soalan mcmni?"
tanya komot kehairanan di dalam dirinya sendiri..


Ketika di suatu keramaian..sedang Komot membasuh pinggan bersama-sama dengan sepupunya..

Kak Lah: Dik Komot..ni tong sampah ker?(sambil tunjuk ke arah tong sampah)bole buang sampah kt sini x?
Komot : Eh la..nape plak xbole buang kt situ..buang je lah..
Kak Lah: Time kasih la yer Dik Komot..akk blk dulu yer..
Komot : yer kak..time kasih la yer dtg
spupu : laa komot..tong sampah pon org tanye kt ko?
Komot : ape bole buat..dh dia nk tanye..jwb jelah..

"Soalan macamni pon bole keluar ek?"
lebih hairan di dalam hati si komot memikir balik..

Ketika di Makmal..tengah buat kerja..tiba-tiba ada pelajar masuk dan bertanyakan tentang sesuatu..

Hasyim: Assalamu'alaikum abg komot..
Komot : Wa'alaikumsalam wrhmtllh wbrkth..ye..ade ape2 yg bole sy tlg..
Hasyim: petang ni balik pkul bape?
Komot : mcm biase ar..lewat skit..dlm 5.30-6.00pm..ikut dreba ar..nape?
Hasyim: xde ape..saje tanye kabo..hehe..(sambil main2 brg makmal)
Komot : haa..ni dh xde kije la tu..main sume brg kt sini plak..
Hasyim: erm..abg komot..sini bole byr yuran x?
Komot : haa??yuran ape plak ni?klo yuran skola byr kt pjbt ar..
Hasyim: xpe ar..byr kt komot jer ar..nnti amik resit, ana amik kt pjbt..
Komot : laa..?nape xbyr tros jer..tgk tu..byk plak tu..
Hasyim: tlg ar yer..ni naik kelas ni..k..salam!!

"ish..ish..ish..sini pon bole jd kaunter pungut yuran ek?"
sambil mengeling-geling kpala..


Ketika berjalan ke bilik guru melalui pondok-pondok, ada sekumpulan pelajar sedang berbincang di pondok.
Ternampak si Komot melalui jalan itu, terus mereka memanggil si Komot.

Ajis: Abg komot..bole tanye x?
Komot: ape nyer?
Ajis: knape ek Potassium permanganet tu bile bakar bole kuar oksigen?
komot: aik?korg muda lg..tu nnti bile korg form4..blajo ar..
Ajis: klo kitorg xtau..xtanye kt abg komot nyer..
komot: yelah..yelah..potassium permanganet tu klo tgk dr simbol jer dh tau..KMnO..terdiri drpd K=potassium/kalium dan Mn+O...Mn is mangan yg mengikat dgn satu atom oksigen..mangan bertindak sbg pemangkin yang mne klo diberikn tenaga..dia akan berikan tindak balas dengan memecahkan ikatannya dgn oksigen..so..sbb tu klo dlm eksperimen tu..hasilnyer ialah kluarkn gas oksigen..phm?
(Semua orang terlopong lagi hairan..)
komot: haa..xpe..nnti korg form4 nnti..phm la..
husain: haa ajis..tu la ko..gi tanye pelik2 kt abg komot apsal?ko phm x?
ajis: ermm..ooo mcmtu ek..ok2..time kasih abg komot..
omar: ececece..budget phm plak bdak ni..

Maka..komot pun pergi meneruskan tujuannya ke bilik guru.


di surau, selepas shj solat zohor berjemaah, tiba2 dtg beberapa orang ke Komot untuk bertanya tentang sesuatu.

Abu : Salam Komot..!!
Komot: Wa'alaikumsalam wrhmtllh wbrktkh..ye kenape?
Abu: Upin..ko ckp ar..
Mad: ntah upin..ko start dulu ar..
upin: aku plak?
abu: gini komot..kitorg nk tanye skit..
komot: haa..ape dia?
abu: td ade bdak time solat..dia letak tangan dia kt lambungan tepi dia..lpstu kitorg tanye dia..nape solat mcmtu..lpstu dia jwb..sbb dlm solat nnti..nk jaga hati supaya khusyuk..betul ker?
komot: aih..!!kn haritu dh tgk video tu psl solat..xkn xtau lg nk bezakan?
upin: tu yg dtg sini nk tanye ni..
komot: klo kata mcmtu..mmg xleh ar..kite solat mesti ade dalil..xleh ar buat dalil sendiri..dalil kite..solluu kama ra-aita solli..solatlah sptmane kamu tgk aku solat kata nabi..so klo buat dalil sendiri tu..bahaya gak ar..
upin: btul3..
mad: abih tu klo kt kg aku tu..dia nyer gaya..mcm blablablabla...
upin: dah mad..kang xabes cite ko kang..
abu : jom kite cari bdak tu blk..


di dalam kelas peperiksaan, Komot menjaga peperiksaan di suatu kelas..

umair: Abg komot, bole tanye x?(berbisik)
Komot: ape dia?(bisik gak)
umair: pengetua dlm bhs inggeris ape?(berbisik)
komot: laaa..tu pon nk tanye?!princ...opp.!!mne leh bitau..
umair: haa..!!principal..!!tq
komot: cis..!!
beberapa minit kemudian..
umair: psst..abg komot..ketua kelas ape?(berbisik)
komot: haaa!!!ape??!!!ketua kelas!!!!!???tu pon xtau ker!!!!???(menjerit)
umair: syyyyhhhhhhiiiii.....
kelas: tergelak..
komot: klo slalu sgt tanye..baek la ana jer yg jwb exam utk nta..
umair: aduuuuuhh........

kene duku skit kpala bdak tu..



di hadapan tandas, tiba2 ada budak keresahan

komot: nape ni?
mazlan: aduuh..sakit perut ni..
komot: laa..ni dh kt dpn tandas..ape lg..
mazlan: tu ar..tp..abg komot ade selipar x?
komot: nape plak tanye selipar ni?xde la..
mazlan: alaa..mcmane nk msk ni..kt tandas ni kata hanye selipar jer yg bole msk..
komot: laa..klo dh xde selipar kt sini..pakai jer la kasut tu..asalkn tertunai hajat tu..
mazlan: haa??bole ker?ok aaaaar..klo kene tuduh pakai selipar kt dlm tandas ni..abg komot jwb aaar..
komot: hek eleh....

Jadi penjamin plak.....


di suatu petang selasa

anas: abg komot..abg komot..nmpk abg ana x?
komot: ermm..xnmpk plak..rsenyer kt kelas dia lg kot..cube cari..
anas: ooo..ok..thanks..
komot: apsal cari dia?
anas: nk panggil balik dgn mak ana tgh tunggu..

di suatu petang rabu..esoknyer plak..

anas: abg komot..abg komot..nmpk abg ana x?
komot: laa..ape dr smlm xjumpe2 abg nta lg ker?
anas: hahahaha!!xde ar..smlm nyer kes..jumpe ar..ni harini plak..
komot: xcari lg ker kt tmpt biase?
anas: blom plak..
komot: dh tuu...
anas: hehehe..

di suatu petang khamis..esok pd rabu tu..

anas: abg komot..abg komot..nmpk abg ana x?
komot: nmpk..dia dh blk dgn mak nta td..
anas: laaa..ana plak yg kne tinggal..
komot: td..abg nta yg cari nta kt ana plak..
anas: pulak dh..

Jadi kaunter mencari anak yg hilang plak..!!


di suatu malam..tibe2 "tuuut..tuuut..tuuut"..henpon komot berbunyi menandakan masuknya sms ke inbox..
open inbox..tertera:
"abg komot..bole x ana main gitar?saje2 nk tenangkn hati ana kejap..kwn ana tros kata haram main.."

lalu komot pon membalas:
"la..nta tu tau ker maen gitar?gitar pon xde..nape xgune jer Quran?kn tu konpem bole tenangkn hati.."

lpstu..dia xbalas2 lg..


Ketika sedang berborak dengan guru2 di bilik guru..

Cikgu Azman: haa..komot..ana ade satu soalan utk nta..
komot : ape dia?
Cikgu Azman: bile nak kawen?
komot: .......................erm...............
Cikgu Azman: aik..tros diam seribu bhs..malu2 kucing plak..dengo cite haritu dh merisik?
komot: haaaaaaa..!!????(ni mne tau plak ni..)..ish..ape plak ni?mandai2 jer..
Cikgu Azman: sudah la..nk berahsia2 plak..hahahaha
Cikgu Ismail: Haa??!!komot dh nk kawen..alhmdllh..!!tu khemah kt dataran tu utk dia ker?
komot: aduuuh..kne bahan plak..
Cikgu Bakar: Surau pon dh ade..klo nk angkat sumpah kt situ pon bole..hahahaha!!
komot: .................hehe...................

akhirnyer..tiada jwpn yg dpt diberikn..hehe

Monday, October 27, 2008

Pelbagai Erti disebalik Kalimah "PANAS"

Tiba-tiba teringat suatu peristiwa di makmal ketika menjaga kelas eksperiman kimia tingkatan...erm (xperlu sebut la yer)..kelas ini ada menggunakan kaedah pemanasan..

Maka kelas ini berlangsung dengan baik, kalau ada masalah, pastinya dicari guru atau pembantu makmal yang bertugas. Sedang saya cuba memerhati kumpulan eksperiman di hadapan makmal, tiba-tiba terdengar pekikan yang sangat dasyat (xde la teruk sgt..tp terkejut ar jugak) dari bahagian belakang makmal. Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan kelas itu kelihatan amat cemas sambil memegang penyepit tabung uji dengan tabung uji isinya bahan kimia yang sedang menggelegak. Lalu saya bertanya

Pembantu Makmal (Pm): "Buat apa ni..!!??"
Pelajar Perempuan (B): "Panaskan bahan ni..tibe2 dia terpancut.."
Pelajar Perempuan (A): "Ha'ah..takut ar nak buat eksperimen ni..nasib baik xkene si C.."
Pelajar Perempuan (C): "Fuuuh..nasib baik..ya Allah.."

Lalu saya mengambil Manual Eksperiment untuk rujuk semula apa kesilapan yang telah berlaku dan akhirnya saya sudah sedari dan menegur mereka.

Pm: "Dah baca manual betul2 ker?"
B : "Dah..lagi pun cikgu suruh panaskan macam ni jer.."
C : "Ha'ah..betul la ni..dah siap campur2kan sume2 tu..lpstu bakar la pulak.."
A : "betul3.."
Pm: "Cuba tengok betul2..ni kan dia kata boiling..dididihkan..bukan panaskan"
A : "Apa beza? Sama jer..bende tu mendidih gak"
Pm: "Haa..tu la..time form 1 korg main2..skrg xreti bezakan panaskan dengan didihkan.."

Lalu saya mengambil sebiji bikar saiz 250ml dan isikan air sebanyak 100ml. Kemudian mengambil tripod stand (tuku kaki tiga) dan wire gauze untuk persediaan proses pendidihan. Lalu letakkan bahan campuran tadi di dalam air yang dipanaskan itu.

Saya terus memberi penerangan secara langsung kepada mereka:
"Haa..mcmni la..so xde ar terpancut2 lagi bende tu..bende tu takat didih dia lbh rendah..so lbh cpt panas drpd air.."
"Kalau kita panas secara direct dinamakan heat proses..iaitu pemanasan. Kalau kita letak suatu medium dengan kadar pemanasan jugak dan medium itu selalunya air kita namakan sebagai boiling proses ataupun proses pendidihan."
"Kalau kita gunakan api berjelaga iaitu bahan tenaga itu xkuat sangat dan selalunya bila dibakar akan ada kesan jelaga hitam..itu kita namakan sebagai burning proses ataupun proses pembakaran."
"Kalau warming proses pulak..kita panaskan dalam suhu yang tetap contohnya dlm 36'C ker or ape2 la..asalkn suhunya tetap..kalo bhs melayu bunyinyer pengeraman.."

A: "oooo..mne che' tau.."
Pm: "ni tgh kasi tau laa.."

Kes ini membuatkan saya teringat akan suatu kisah yang berkaitan dengan salah faham berkenaan dengan maksud panas sekali lagi.

Iaitu kisah tentang tahanan perang Khalid al-Walid yang dibakar.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. menjadi khalifah ke-2, berlaku pembukaan wilayah-wilayah Islam. Salah seorang Jeneral perang tentera umat Islam ketika itu ialah Khalid al-Walid r.a. dan telah banyak ekspidisi perang telah dia ketuai. Oleh kerana itu, ramai orang yang baru masuk Islam menyertai angkatan perang termasuklah orang Arab Badwi yang ada luhjahnya (loghat atau pelat) yang lain.

Salah seorang daripada Arab Badwi itu ialah tentera Khalid al-Walid r.a. yang menjaga tawanan perang. Pesan Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat bahawa jangan dikasari maupun diapa-apakan terhadap tawanan perang. Layani dengan baik dan jangan menambat mereka seperti binatang. Maka para sahabat tidak pernah melupakan pesan itu. Begitu juga Khalid al-Walid ini.

Dalam suatu peperangan, berlakulah ia di dalam musim dingin. Tentera Muslimin berjaya menawan suatu pasukan musuh dan menahan beberapa tahanan perang. Ketika waktu malam, kedinginan melanda perkhemahan sementara pasukan Khalid r.a. ini. Ramai tentera Muslimin bersiap untuk menghadapi kedinginan malam itu. Khalid r.a. juga tidak melupakan para tahanan perangnya. Beliau terus memberi arahan kepada pengawal tawanan perang untuk panaskan mereka, supaya mereka boleh melalui kedinginan malam.

Oleh kerana yang bertugas itu ialah orang Arab Badwi yang salah faham tentang maksud arahan itu, kerana dalam pemahamannya mengikut luhjahnya; panaskan di situ berbunyi "Bakarlah banduan itu"

Maka si pengawal ini terus menghimpunkan para banduan tersebut dan bakar mereka sehingga rentung. Berlaku kekecohan di tempat tahanan sehingga terdengar di khemah Khalid r.a. lalu terus Khalid bergegas. Maka si pengawal tersebut berkata kepada Khalid r.a.:

"Sudah aku panaskan mereka seperti arahanmu."

Terus khabar angin sampai ke pengetahuan Khalifah bahawa Khalid r.a. menyuruh askarnya membakar tawanan perang. Sedang di dalam peristiwa ini berlaku salah faham.

Erti PANAS di zaman ini pula?

Selalu kedengaran ayat seperti:
"Panas betul aku dengan mamat tu..ish.."
ertinya: seseorang itu sedang marah ke atas seseorang...

ataupun..
"ni kipas ade..tp apsal panas jugak ni??laa..xberpusing rupenyer"
ertinya: suasana itu sememangnya panas

ada pula spt ini..
"uih..panas la mamat tu..cair lebur aku dibuatnyer"
ertinya: lelaki itu kepanasan sehingga dapat mencairkan orang yang melihatnya??(hahaha!!)
bukanlah..ni istilah omputih..maksudnya pemuda tu kacak sangat sampai dapat menawan hati sesiapa yang melihatnya.

dan macam-macam lagi contoh yang dapat kita dengar dewasa ini tentang ayat berkenaan dengan PANAS.

Sunday, October 26, 2008

Perginya si Berjasa

Baru-baru ini, diadakan suatu majlis untuk seorang pekerja di tempatku bekerja.
Pekerja ini sangat berjasa pada tempat kerjaku, dan sangat lama beliau menabur bakti di sini.

Tidak pernah beliau melihat orang yang berkualiti sepertinya.
Kerjanya lebih dari bercakap.
Selalu bertanya jika beliau tidak tahu.
Selalu berbincang untuk mendapat pendapat.

Semenjak dari aku di Darjah 2..
Beliaulah yang menjadi Staff di sekolah rendah ku itu selalu menjadi teman berbualku apabila aku ingin membayar yuran..
sehinggalah ketika aku di sekolah menengah..begitu jugalah rutin kami..
membincangkan tentang masalah remaja ketika itu..
selalu sahaja kami berbincang dan bertukar pendapat..

dan yang paling tingginya kualiti nilai pada dirinya.
Tidak pernah merungut tentang bebanan kerja.
Tidak pernah merungut kesempitan yang beliau lalui.
Tabah menghadapi dugaan yang dialaminya.

Baginya, bebanan di dunia ini hanyalah sementara.
Apa yang penting..
Beliau mampu mengharungi hidup di dunia ini..dan pergi ke kurnia Allah yang teragung;
Syurga..Dunia hakiki kami..

Kini, beliau telah ditakdirkan untuk ke tempat lain.
mendapat "medan" baru untuk beliau mencurahkan keringatnya.
Kerana Bumi itu pula telah ditakdirkan untuk menjadi saksi amalnya di Dunia.

Tatkala berpisah denganya..
seolah-olah semua kenangan kami bersama..
susah-payahnya..
semuanya jelas terpampang di mataku..
air mata perlahan-lahan berlinangan di hujung mataku..
mengalir terus melalui pipiku..

dan kami..saling menenangkan sesama kami..
Sambil beliau ingatkan "Terima kasih Din..insya Allah kita jumpa di "sana"..."
Selepas ini..belum tentu kami akan bertemu semula..

Ya Allah..tabahkanlah hatinya dalam menghadapi liku-liku kehidupan..
Sesungguhnya..hanya pada-Mu ya Allah..tujuan kami mengikat hati ini..

.....................tributes to Abg Azzam (92-08)..........................