Monday, January 5, 2009

Senandung Dakwah

Hidup adalah Perjuangan
Tegakkan panji kebenaran
Tanpanya hidup percuma
Hingga sesal di akhir masa
Aral rintang selalu menghadang
Jadi sebuah kepastian
Namun jiwa tak kenal gentar
Langkah ini kan terus berjalan
Kerana Dakwah nafas kehidupan
Tarbiyah sendi perjuangan
Membentuk generasi Rabbani
Junjung tinggi kalimah Illahi
Takkan gentar takkan kenal ragu
Walau musuh menerjang menderu
Berbekal taqwa terus melaju
Redho-Nya jua kan tuju
Duhai ayah bonda tercinta
Relakan anaknda pergi berjuang
Di bawah naungan panji Islam
Doa restu selalu ku dambakan
Wahai mukmin bersatulah..bersatulah!!
Bersabar bersatu bertaqwa
Kepal jarimu tegak jiwamu
Kemenangan Islam kan menjelang

(sebuah nasyid dari album d.t.ak kump izis..yang terus memberikan motivasi kpd diriku..setiap kali ia kerap diulang..hati sayu ngenangkan duka lama..tetapi ia terus memberi semangat yang baru..maka benarlah apa yang Allah rakamkan di dalam al-Quran [94: 1-8]..bahawa setiap kepayahan..pasti ada kemudahan..)

(wahai jiwa-jiwa yang terus bersedih..apa lagi yang dapat membuat anda tersenyum kalau bukan janji dari Tuhan-mu..suatu janji yang pasti..tetapi ketahuilah kerana ia mahal..dengan bunga-bunga derita dan duri-duri kepayahan..mereka yang redho dengan ujian-Nya sahaja yang layak..)

(wahai jiwa-jiwa yang berduka..apakah kegagalan yang silam adalah pintu yang tertutup di hatimu itu? biarlah dibenci..diasingkan..disalahkan..malah dikeluarkan..bukanlah itu Kiamat untukmu..sedang dunia di luar sana menanti-nantikan aksi mu..tidakkah kamu sedari bahawa bidadari-bidadari syurga sedang mengintaikan kamu di jendela syurga? menanti-nantikan hamba yang dicintai-Nya..)

(wahai jiwa-jiwa yang sayu..jangan kerana hal yang kecil..jadi korban segala cita-cita generasi terdahulu..kalau tidak kerana kesedaranmu tentang orang terdahulu..pasti engkau tidak akan merisaukan generasi akan datang..kamu tahu tentang fitrah..tapi kenapa masih berat engkau menanggungi ia? Tuhan-mu tidak pernah meminta engkau menanggungnya selamanya..maka biarkanlah segala itu dihitung Tuhan-mu..)

(aku menyeru jiwa-jiwa ini kerana..kesedihan, kedukaan, kesayuan tidak akan memberi apa-apa melainkan amal, sabar dan nurani yang bersih disulami keikhlasan..gentarkan penggugatmu..katakan kepada mereka.."Andai tarbiyah dan dakwah ini dipisahkan dari aku..umpama kamu memisahkan nyawa dari badanku ini..umpama kamu merampas hak aku untuk bernafas..umpama kamu mencencang segala sendi-sendi di tubuhku ini"..ketahuilah bahawa mereka juga mungkin tidak akan gentar dan terus dengan tekad mereka..maka ketika itu..jangan engkau lupa apa yang engkau ungkapkan tadi dan kabulkan ia..ya..ia pasti terjadi kalau itulah ketentuan-Nya)

Sunday, January 4, 2009

Azzam Tahun Baru???

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam Berkenalan..

Salam Tahun Baru..

Salam Perjuangan Baru..

Sedar tidak sedar, kita sudah masuk ke tahun baru, usia pula semakin meningkat, sel-sel di badan juga mendapat kesan perubahan daripada perubahan masa. Melihatkan persekitaran kita juga, ada perubahan yang baru. Seperti kucing atau hamster peliharaan kita sudah semakin besar. Pokok tanaman kita juga semakin bercambah cantik. Mungkin ada yang membeli baju baru atau pun apa-apa material yang baru anda dapatkan.

Apabila masuk sahaja tahun baru ini, ramai yang akan bertanya "Apa azam baru kamu?". Saya juga sangat yakin, ramai dari kalangan bloggers pasti akan menulis di dalam ruangan masing-masing dengan tajuk tentang azam baru mereka?

Apa gunanya azam baru ni? Bagi saya, ia sangat diperlukan bagi sesiapa yang sedar kepentingan muhasabah atau pun menghitung semula. Kita lihat apa sasaran-sasaran yang ingin kita kejarkan, adakah ia tercapai atau tidak? Itulah kegunaan suatu azam. Bertekad dengan janji yang dibuat awal waktu ini agar dalam masa setahun azam itu sudah tercapai.

Bagi mereka yang berkerja, mungkin mereka ingin meningkatkan mutu kerja mereka di tahun ini agar pendapatan juga dapat ditingkatkan. Ada yang ingin mengurangkan kos perbelanjaan kerana tekanan hidup pada saat ini. Bermacam-macam azam yang ditekadkan itu semuanya untuk kebaikkan.

Bagi para pelajar pula, mungkin ada yang berazam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam matapelajaran. Ada pula yang merasakan dia tidak mampu cemerlang dalam semua subjek, tetapi dia bertekad untuk dia memperbaiki matapelajaran yang paling dia lemah. Jadi azam ini sangat bagus untuk berubah dari sesuatu yang lemah, sesuatu yang tidak baik, kepada yang lebih baik, yang bagus lagi cemerlang. Kerana kita tahu, perkara yang lepas sudah berlalu pergi. Kini adalah masa yang terbaik untuk kita merakam sejarah dunia, bahawa kita mampu berubah!!!

Tapi ada juga yang berazam ke arah yang tidak sewajarnya. Contohnya kita boleh lihat bahawa Askar Israel yang dilaknat Allah itu benar-benar bertekad untuk menguasai Gaza, kerana apa? Kerana mereka pernah kalah pada 2 tahun lepas di dalam peperangan mereka dengan Lubnan. Mereka berperang untuk mendapatkan populariti dalam berkempen pilihanraya, merek sanggup mengorbankan harta awam juga nyawa manusia yang tidak berdosa.

Itulah azam mereka. Mereka mesti mendapatkan kekuasaan walau apa pun yang terjadi.

Mereka tidak sedar bahawa penentang mereka lebih tinggi tekadnya untuk mempertahankan negara, saudara serta agama mereka daripada kezaliman. Mereka sedikit pun tidak akan berdiam diri menerima takdir mereka begitu sahaja. Mereka terus berjuang dan bertekad azam agar tiada lagi kezaliman di bumi mereka. Mereka terus berjuang tidak sedikit pun meminta simpati dunia kerana inilah cita-cita tertinggi mereka; sama ada terus hidup mulia dengan mengecapi kemenangan atau mati syahid mengharap pertemuan dengan Tuhan mereka.

Jadi......apa azam baru saya? Apa pula azam baru anda? Apa azam kita yang seperjuangan?

Monday, December 29, 2008

Gelagat mengambil Keputusan PMR di SMIAA

Hari ini ramai pelajar tingkatan 3 SMIAA datang ke sekolah setelah bercuti dengan acaranya masing-masing. Alhamdulillah, keputusan kali ini sangat memberangsangkan!! Sehingga ke saat ini masih tiada lagi maklumat terkini tentang analisa keseluruhan keputusan PMR. Mungkin kerana saya hanyalah pembantu makmal, maka tiadalah selayaknya untuk saya sibuk mengambil tahu tentang berkenaan.

Mungkin cukuplah untuk saya mengetahui bahawa seramai 24 orang pelajar Tingkatan 3 SMIAA mendapat 9A dan 24 orang lagi mendapat 8A dalam keputusan PMR!! Bagi PMRI pula seramai 5 orang sahaja yang mendapat Mumtaz. Hmm..mungkin ini maklumat tidak rasmi, jadi saya masih tidak mendapat kesahihan tentang maklumat ini. Jika anda ingin tahu, Hari Takrim 2009 nanti pasti ada..hehe..

Berikut saya lampirkan beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika berlangsungnya peristiwa ini. Rasanya tak perlu dimuat-naikkan ke dalam "Flickr" saya sebab mutu kualiti gambar yang tidak berapa bagus kerana saya rookie dalam fotografi..


Guru2 sedang bertungkus lumus menyiapkan keputusan
para pelajar yang baru diambil dari Pejabat Pendidikan Daedah

Muka ceria mengubat hati yang gemuruh lagi nervous..


Talipon bimbit terus berdering menambahkan
lagi debaran di dada..
tapi senyuman yang tenang terus bercambah..



Sesi mengambil keputusan PMR telah pun tiba..

"ermm..si omar dah dapat result dia..
aku xjumpa2 lagi nama aku ni..
aduh.." bisik afiq
sambil beketar-ketar tangan menggenggam pen.
Wajah tersenyum ceria dihadapan ibu
dengan hasil usaha yang gigih sebelum ini..


Menunggu giliran untuk mengambil keputusan..
"nak tengok sekarang ker?"


Pelajar-pelajar ini mendapat 8A dan...
(tgk jari mrk buat ape..tu la jwpn nyer)
Tumpang gembira dengan keputusan orang lain..


"hebat keputusan kali ini"
kata si guru kepada si ibu

Melihat keputusan anak



Alhamdulillah


Menggunakan teknologi canggih untuk menyebarkan
berita gembira
Berkongsi kegembiraan dengan rakan taulan yang lain
Fahmi: "ha'ah..dah amik dah"

"ok lpsni konpem msk mrsm.."kata fahmi
(hahaha!!ayat ni direka semata-mata)

Menyambut Kepulangan Jemaah Haji Malaysia

Maka tiba saatnya menyambut kepulangan bonda dan ayahandaku yang sekian lama dirindui kerana mereka pergi jauh ke Kota Mekah menunaikan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan Haji di Baitullah.

Ketika menjejakkan kaki di KLIA, tersentak diriku melihat sudah begitu ramai manusia mengerumuni pintu keluar balai ketibaan menanti ahli keluarga mereka yang juga mengerjakan Haji di Mekah al-Mukarramah.

Berikut penulis ada menyediakan beberapa gambar yang ingin dikongsikan bersama dengan para pembaca tentang suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Memang benarlah kata orang; "penantian ialah suatu penyiksaan". Menanti Jemaah Haji Malaysia keluar dari pintu balai ketibaan itu, teramatlah lama, sehingga dapat mengambil beberapa "snap" gambar melihat gelagat-gelagat waris jemaah yang lain.

Ada juga warga al-Amin yang mengambil keluarganya





"haa..kat mana tu?ape?tengah amik beg lagi ker?ni kat luar dah ni"
Kata pakcik tu dengan kuatnya..






Perhimpunan Aman di KLIA menyambut ahli keluarga masing-masing


Hampir sejam berdiri kat sini..tak keluar-keluar lagi..



Petugas Tabung Haji pun sempat membaca novel
sambil menunggu Jemaah Haji..



Meh la kita makan dulu..
Makanan kat sini mahal..naseb baik dah siap bekal..


Antara Jemaah Haji pertama yang keluar
dari balai ketibaan..dan dia antara Jemaah Haji
yang paling muda..
Bila tengok suasana ni..benar-benar mengimbau kenangan
ketika penulis masih kecil menjemput
arwah atok baru balik dari haji..
Arwah atok mendakap saya dan mengucupku
seperti si haji kecil itu..



Suasana hiba melihat anak-anak kecil
itu mendapatkan ayah mereka yang baru pulang
menunaikan Haji..
Kedengaran tangisan anak-anak kecil yang kerinduan ini..





Akhirnya..
Nampak juga kelibat ibubapaku keluar
dari balai ketibaan..
"Ayah!!pegi Saudi ker pegi Turki?"sapaku..
"laa..ni apa hal makin gelap anak mak ni??"
ibuku pula menyapa ku..
Maka, kepulangan mereka punya berbagai kenangan mereka di Mekah terus dikongsikan bersamaku dengan ahli keluargaku yang lain dari kampung. Terus bercerita sehingga terlupa sudah pukul 4pagi.
Sejurus saya melihat mereka di KLIA tadi, ketika itulah diriku merasakan tersangat bersyukur kepada Allah Taala yang menjaga ibubapaku serta hamba-hambaNya yang lain ketika menunaikan ibadah di rumah-Nya itu.
Jauh di dalam lubuk hatiku berkata: "Bila pula giliranku untuk ke berjumpa dengan-Mu ya Allah?"

Sunday, December 28, 2008

Intifadhoh ke-3 diisytiharkan..!!!!!


Assalamu'alaikum wrhmtllh wbrkth kepada semua Muslimin yang membaca blog ini..

Sungguh penulisan kali ini menyeru kepada para pembaca sekalian agar tidak sekali-kali menutup mata dan telinga anda tentang berita yang tergempar pada 27hb Disember 2008.



Ketika 2008 sedang berlabuh tirainya menutup pelbagai kisah di 2008, kini timbul semula berita yang sangat menggemparkan seluruh umat Islam. Gaza diserang!!! Lebih 300 jiwa Muslim terbunuh dalam satu hari!!!!!




Bukalah sumber-sumber berita yang ada di dunia ini, semuanya menyampaikan berita yang sama. Suatu bentuk pembunuhan yang sangat ketara. Kekejaman yang tidak dapat ditutup lagi seperti sebelumnya. Sehinggakan ada diantara "orang kita" yang menyalahkan Hamas itu sendiri kerana atas tafsiran sendiri.

Mungkin kita tidak dapat membantu secara langsung, tapi ingin saya seru kepada semua agar tidak lupa untuk berdoa kepada Allah moga memberi kekuatan kepada keluarga mangsa serta penduduk Gaza akan terus tetap dalam jalan perjuangan mereka mencapai KEMERDEKAAN.

Saya juga menyeru kepada para pembaca sekalian agar mengajak dan menerangkan kepada orang-orang disekeliling anda, supaya tidak menghukum perjuangan rakyat Palestin terutamanya di Gaza itu sendiri serta jangan sekali-kali menyalahkan pemimpin rakyat Gaza itu sendiri. Jangan sekali-kali memandang enteng terhadap kebangkitan mereka. Jangan sekali-kali menghina semangat mereka. Ringankanlah beban keluarga mangsa dengan INFAQ kita kepada mereka.

Bangkitlah dari tidur kalian di sepertiga malam untuk kita memohon kekuatan bagi mereka yang sedang bangkit memperjuangkan keselamatan keluarga mereka. BerDOAlah dalam doa Qunut anda untuk keselamatan mereka sepertimana yang junjungan Rasulullah s.a.w lakukan ketika mana ramai Qurra' yang dihantar oleh Baginda untuk mengajarkan tentang Islam dibunuh oleh kaum Ri'il, Zakwan dan 'Usaiyah. Bahkan Rasulullah doa Qunut bukan pada solat Subuh sahaja, tapi solat yang lain juga terutamanya dalam solat witir.

Anas berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berqunut selama sebulan mendoakan bangsa arab kemudian meninggalkannya" [H.R. Bukhari dan Muslim]

Doa adalah senjata kita.

Adakah kita dapat tidur sedar lagi kita ini apabila mendengarkan berita bahawa katil-katil di hospital Gaza tidak dapat menampung lagi mangsa-mangsa yang cedera akibat pengeboman Zionis di rumah-rumah mereka, tempat-tempat kerja mereka dan universiti mereka.? Rumah mayat juga dipenuhi dengan darah-darah Syuhada..!!!
psst..Kemungkinan esok akan diadakan "luahan perasaan"....tunggu matlumat selanjutnya....(jgn sebarkan..baca shj)

Monday, December 22, 2008

Tolong komen program Akademi Murobbi yer..untuk bermuhasabah..


Salam Sejahtera ke atas semua para pembaca juga semua mu'minin di dunia ini..

Sekali lagi ingin saya memanjatkan permohonan maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana sangat jarang untuk saya memperbaharui isi blog ini sebaiknya. Apakan daya kerana diri penulis dilanda dengan kesibukan dunia, mudah-mudahan kesibukan ini hanyalah diniatkan untuk mencari redho Illahi dan hanya Tuhan sahaja yang layak membalas segala amal kita insya Allah.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Saba’ : 47
“Katakanlah : Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu..”

Perumpamaan Pokok yang Baik

Sesudah kita semua melalui peristiwa yang baik, juga kenangan yang baik, serta melalui pengajaran yang baik, sudah pastilah seharusnya natijah(hasil)nya juga adalah baik. Kita lihat perumpamaan Pokok yang baik seperti yang diceritakan di dalam al-Quran iaitu;

Firman Allah s.w.t.:
"24. Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."
[Ibrahim: 24-25]

Allah mengumpamakan bahawa kalimah yang baik itu..adalah seperti pokok yang baik juga, yang berkhasiat lagi memberi manfaat kepada yang lain. Sememangnya telah menjadi fitrah alam yang ditetapkan Allah, setiap kali kita mendapat manfaat ataupun perkara yang baik, kita akan rasa seronok kan?

Kalau kita berjalan di bawah terik matahari yang panas, tiba-tiba berjumpa pula dengan sebuah pokok yang rendang dan mempunyai buah, dan padanya terdapat sungai yang mengalir, pasti kita akan segera ke pokok itu untuk berteduh dari terik matahari, berehat di batang pokok yang besar itu, mengambil buah yang sedap dari pokok tersebut, juga menghirup air sungai yang sejuk itu. Ketika itu kita akan merasa seronok dan sangat bersyukur. Pasti kita akan berehat sebentar sehingga terlena.

Selepas berehat sebentar serta merasai nikmat-nikmat yang baik itu, sudah pasti kita dapat meneruskan perjalanan lagi walaupun terpaksa meredah perit terik matahai.

Tapi, mungkin ada juga yang tidak dapat meneruskan perjalanan lagi, kerana lebih suka untuk terus duduk di pokok tersebut yang selesa itu. Dia terlupa kenapa dia perlu berjalan di bawah terik matahari sebelum dia berehat itu. Itulah resam dunia. Begitu mudah lupa dalam keselesaaan.

Berbalik kepada kisahnya pokok yang baik, kita juga boleh mengambil pengajaran daripada kisah pokok yang baik ini; iaitu boleh memberi manfaat kepada semua orang sehingga boleh memberikan inspirasi serta semangat yang baru untuk semua, ataupun memberi manfaat sehingga seseorang itu terleka dengan manfaat yang diperolehi dari kita. Jadi, kita yang mana satu pula?

Selepas ni..apa pula???

Selepas melalui bermacam-macam program, sudah banyak input serta pengisian yang baik-baik kita dapat. Jadi, apa pula tindakan kita selepas ini? Nak sedih? Sedih..sedih..sedih jer...atau nak doa? Atau nak doa..doa..doa jer..atau nak derma? Atau terus mengangguk tanda setuju dengan mata tertutup? Atau tersujud dalam keadaan bersila? Atau terlena terus dibuai angin aircorn yang dingin? Atau terus berenang di kolam air panas yang berklorin?

Jadi kalau semua bukan, apa seharusnya kita perlu buat?

Kalau kita lapar, apa yang perlu kita buat? Makan la...
Kalau kita mengantok, apa yang perlu kita buat? Tidur la...

Jadi kalau sekeliling kita ni sudah bermasalah..apa sebaik-baik penyelesaiannya? Sudah pastilah Islam. Kerana itulah tujuannya Islam diturunkan kepada manusia. Pertolongan terus dari Pencipta akan segala sesuatu memberikan tips penyelesaian masalah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Jadi.......apa tindakan kita? Kalau bukan kita mesti memperkenalkan kepada orang lain akan ISLAM..itulah dia..ber-D.A.K.W.A.H kepada semua orang. Insya Allah, kita tak rugi sedikit pun bahkan mendapat keuntungan yang besar dari Allah dan sudah pasti ia akan dipenuhi dengan berbagai cabaran..

Orang yang berehat di pokok yang baik itu sudah teringat akan tujuan dia berjalan walaupun berjalan di bawah terik matahari, dia sebenarnya perlu bertindak untuk berdakwah, dalam perjalanan yang sukar itu juga boleh berehat sebentar, asalkan tidak terleka dengan kesenangan.

Firman Allah Taala:
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan". [as Syura:52-53]

.....................................

Selepas melalui Akademi Murobbi ni, harap antum semua akan terus maju bersama-sama beramal soleh serta berdakwah di dalam setiap pekerjaan antum semua, sungguh semua yang kita buat itu hanyalah semata-mata kerana Allah Taala semata-mata. Pasti kita akan dilanda bermacam-macam ujian, jangan lupakan tentang ujian yang telah menyebabkan kita akan jadi jatuh dengan segera, itulah dia..kesenangan. Sepertimana yang berlaku pada kerajaan Islam yang sebelum ini, juga seperti monyet yang jatuh dari pokok hanya kerana angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman.

Antum semua dah merasai ujian ni ketika di PD tu..jadi..beringatlah selepas ini.......
jangan ulangi kesilapan lalu..pelajari dari yang lepas..
yang baik kita ambil..
yang buruk..campak jauh-jauh ke Sungai Furat sampai boleh jadi jambatan untuk kita lintasi..

Wednesday, December 17, 2008

Akademi Murobbi Al-Amin.....?

Salam..

Maaf kerana sudah lama sudah tak mengupdate blog ni sebab ada bermacam-macam masalah yang menimpa baru-baru ni serta disibukkan dengan urusan dunia yang bertimbun-timbun malah berbuah-buah lagi..

Maka di atas kesempatan ini..saya ingin memberikan sedikit info tentang Mukhoyyam atau Kursus NC yang saja diletakkan nama Akademi Murobbi Al-Amin..

Tarikh: 19-21 Disember 2008

Tempat: PD Centuary Ixora Resort, Port Dickson, N.Sembilan, Malaysia

Masa: 8am berkumpul di SMIAA, 9am bertolak ke Ixora Resort, 2pm bertolak dari Ixora Resort dan dijangka tiba di SMIAA 4pm

bayaran: P.E.R.C.U.M.A

barang2:
-bawa pakaian secukupnya (banat - tudung bulat) (banin-baju sopan..kalo bwk serban lg power!!)
-sebarang ubat-ubatan
-bawa baju sukan lebih skit..nanti ada acara berenang
-camera dan henpon dibawah tanggungjawab masing-masing
-al-Quran Tafsir
-buku catatan dan alat tulis
Peserta: Semua NC 2008 & 2009 serta peserta jemputan

Program ini insya Allah akan lebih indoor daripada outdoor..dan pengisiannya agak berat..jadi harap semua bersiap sedia dan JANGAN ADA YANG TIDUR SEMASA MODUL DISAMPAIKAN..!!amaran keras ni..!!

Kalau perlukan surat..boleh ambil di pejabat SMIAAG

antara perkara yang menarik juga dalam program ni..akan ada tayangan video "Sang Murobbi"..mudah-mudahan kita dapat pelajari daripada kisah tokoh ini..

sebarang permasalahan boleh hubungi ana secara terus ataupun cegu Rushida..k?

moga kita dapat bertemu nanti..

"Ke arah Memantapkan Tarbiyah SMIAAG kerana ALLAH TAALA"