Wednesday, December 17, 2008

Akademi Murobbi Al-Amin.....?

Salam..

Maaf kerana sudah lama sudah tak mengupdate blog ni sebab ada bermacam-macam masalah yang menimpa baru-baru ni serta disibukkan dengan urusan dunia yang bertimbun-timbun malah berbuah-buah lagi..

Maka di atas kesempatan ini..saya ingin memberikan sedikit info tentang Mukhoyyam atau Kursus NC yang saja diletakkan nama Akademi Murobbi Al-Amin..

Tarikh: 19-21 Disember 2008

Tempat: PD Centuary Ixora Resort, Port Dickson, N.Sembilan, Malaysia

Masa: 8am berkumpul di SMIAA, 9am bertolak ke Ixora Resort, 2pm bertolak dari Ixora Resort dan dijangka tiba di SMIAA 4pm

bayaran: P.E.R.C.U.M.A

barang2:
-bawa pakaian secukupnya (banat - tudung bulat) (banin-baju sopan..kalo bwk serban lg power!!)
-sebarang ubat-ubatan
-bawa baju sukan lebih skit..nanti ada acara berenang
-camera dan henpon dibawah tanggungjawab masing-masing
-al-Quran Tafsir
-buku catatan dan alat tulis
Peserta: Semua NC 2008 & 2009 serta peserta jemputan

Program ini insya Allah akan lebih indoor daripada outdoor..dan pengisiannya agak berat..jadi harap semua bersiap sedia dan JANGAN ADA YANG TIDUR SEMASA MODUL DISAMPAIKAN..!!amaran keras ni..!!

Kalau perlukan surat..boleh ambil di pejabat SMIAAG

antara perkara yang menarik juga dalam program ni..akan ada tayangan video "Sang Murobbi"..mudah-mudahan kita dapat pelajari daripada kisah tokoh ini..

sebarang permasalahan boleh hubungi ana secara terus ataupun cegu Rushida..k?

moga kita dapat bertemu nanti..

"Ke arah Memantapkan Tarbiyah SMIAAG kerana ALLAH TAALA"

Wednesday, November 26, 2008

Beberapa gambar kenangan di Australia


Setibanya di Perth International Airport


Saya bersama Sepupuku yang tolong belikan tiket kapal terbang. Terima Kasih!!



Possing?
hehe..di tepi pantai yang sangat sejuk..tapi selamber jer omputih ni tak pakai baju..
Saya pun terpaksa memakai jaket..
Sejuknya ke tahap 25'C..diorg boleh kata panas?ish..!!



Kapal Perang Australia berlabuh di Fremantle Port..
dekat sangat dengan tempat pelancongan dan nelayan??


Pertemuan dua adik-beradik dan biras..rehat di Fremantle Port
dari kiri; Abg Azhar(suami kpd Kak Niza), Kak Niza (sepupuku), Kak Rin (adik kepada Kak Niza), Abg Akhtar (suami kepada Kak Rin)..Baju pink yang kecil..Nadhirah..anak sedaraku dan di pangkuan Abg Akhtar..Nazeefah



Inilah Nazeefah..baru 4bulan kalau tak silap..dialah antara sebab saya berkunjung ke Australia



Acara memetik buah strawbery..murah!!
1kg = 2dolar..1dolar AUS = RM2.50
Pemajunya ialah salah seorang pelarian mangsa perang Vietnam dan dapat suaka politik..
Dialah bos..dialah tukang kebun..dialah tukang kutip..(tiada dalam gambar)


Inilah pemandu pelancong kami..Abg Akhtar..Thanks!!
Kalau dapat lihat..terdapat perhiasan-perhiasan untuk Krismas dalam gambar tu..


Hanya untuk puntung rokok sahaja!!
Sesiapa yang membuang kertas atau selain dari rokok di sini..akan disaman!!
Siap ade hotline lagi..!!tak tau sebab apa..

Salah sebuah kedai menjual senjata..

Kedai orang Lubnan di tengah-tengah Bandar Perth..
Sedap kebabnya!!
Tak lah susah sangat nak cari makanan Halal di sini..
Sebab tu saya hari-hari asyik makan kambing jer..

Sesiapa yang melintas jalan sahaja..tidak ada kereta yang boleh bergerak melepasi garisan untuk pejalan kaki..
tapi yang bestnya..kereta warna merah tu..
pergh!!time nak amik gambar ni..tiba-tiba ada orang melintas..
Walaupun kereta berhenti mahupun tiada kereta, dia tetap akan tunggu lampu hijau untuk pedestrian melintas..

Penumpang di belakang pun kena pakai seat-belt!!!
Kalau tak pakai..kena saman..
Atas jalanraya pun tak boleh bawak lebih 60km/j
Highway plak..100km/j jer..

Cuba teka dia buat apa di Taman Rekreasi tepi Blak Swan River ni??
Dia sedang memasak..
di sana..ada kemudahan memasak untuk para pengunjung..
anda cuma perlu bawa tong gas dan bahan mentah sahaja..

Tempat Ibadah untuk semua agama di airport
Langkah kerajaan Australia mengelakkan jangkitan AIDS..
sesiapa yang nak ambil dadah..boleh..
TAPI jangan drive..tu jer..
dan tolong buang syringe tu di tmpt yg disediakn..

Tak tau apa ni..
agaknya..kon yang tak nak bagi orang lalu kot?

Suasana sebelum Subuh di Perth International Airport..
ketika ini 10minit sebelum dapat mesej tentang meninggalnya Tok Mak

Monday, November 24, 2008

Tentang Nikah...?

Sekadar gambar hiasan

Ramainya orang asyik bertanya kepada saya;
"Bila nak nikah?"
"Dah ada calon kan? Apa lagi...?"
"Sarep..tengah tak sabo nak makan Nasi Minyak ni.."
"Aik?? Takkan datang bawak coklat dengan keychain jer? Mana kad?"
"Haa Sarep..lama tak jumpa..mana isterinya?"
"Nak pegi mana?Indon?Buat apa?Kawen ek?"
"Laa..ni pegi Aussie pulak..buat ape?Kawen orang sana pulak ker?"
"Sarep..naqib dah kawen..ni petanda besar untuk kawen ni Sarep!!"
"Jangan tunggu lama-lama Sarep.."

Ya Allah........soalan macam ni..........kalau sekali dua kena..tak per..ini..SANGAT KERAP!!!

aduh..


hanya mampu memberi jawapan;
"Bila? Kejap lagi..jom ar pegi..hehe"
"Calon??memang banyak kat luar sana tu..tunggu nak shake hand dgn juru nikah jer"
"Laa..pegi la kedai..banyak jual Nasi Minyak tu.."
"Kad? Lambat lagi nak raya..nanti ana bagi kad untuk hepi Deepavali..nak?"
"Isteri? Alamak..!!tertinggal la..hahaha!!"
"Pergh!!ni satu idea menarik!!pegi Indon nikah kt sana kn?murah skit..hehe"
"Cari orang Aussie la plak..nanti makan Nasi Minyak Daging Kanggaroo..hehe"
"Petanda ker?Amiiiin..mudah-mudahan!!!Makbul lah doa ntum"
"Jangan tunggu lama-lama??ermmm..erm...ya insya Allah"

Saya faham semua orang ingin memberikan dorongan lagi semangat agar dapat meneruskan satu Amal Dakwah kita..tapi apa kan daya..saya ini hanyalah seorang Pembantu Makmal..
Hendak "membina sebuah Masjid", perlulah mempunyai kontraktor yang siap-sedia menghadapi pahit-getir dalam usaha mendirikan masjid serta memahami kehendak majikan serta masjid itu sendiri.

Perlu juga batu-bata yang cukup lagi kukuh berkualiti untuk didirikan sebagai dinding-dinding dan tiang-tiang seri yang akan mengukuhkan bangunan masjid itu. Setiap batu-bata itu pula perlu ditampal dengan simen-simen yang dapat tahan lama. Cat yang akan menghiasi masjid tu pula perlu dicari cat yang dapat tahan dengan cuaca yang mencabar dengan panas dan lembabnya menyebabkan lebih mudah untuk kulat menumbuh. Dalaman binaan itu pula indah dihiasi dengan hiasan yang akan menyenangkan sesiapa saja melihatnya..

Jadi begitulah juga persediaan untuk membina rumah tangga. Kita perlu mencari calon yang siap sedia menghadapi pahit-getir dalam membina insitusi kekeluargaan ini serta memahami berkongsi hidup dengan teman baru juga keluarga yang dibina itu.

Persiapan dari segi luaran serta dalaman juga perlu kukuh agar keluarga yang dibina dapat mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran termasuklah fitnah dan juga hasad dengki. Bahkan kekeluargaan yang dibina bukan sekadar "cukup syarat", tetapi ia juga perlu dibina agar ia dilihat indah oleh orang lain sebagai salah satu cara/wasilah dalam berdakwah. Maka itulah penting kekuatan Iman yang menghiasi dalaman keluarga serta kekukuhan struktur kekeluargaan dari segi material dan intelektual.

Maka, sedarlah wahai para pembaca yang setia, semua ini memerlukan masa yang agak panjang, bukan mudah seperti yang disangka atau seperti melihat dalam cerita-cerita cinta seperti ada di televisyen. To build the great empire of Rome need 100 years or more, but to demolish it, only one day. Itulah pepatah yang Kevin Ruud(PM Aussie) ungkapkan dalam ucapan beliau tentang pemulihan sistem ekonomi di Australia.

Saya sangat berterima kasih kepada semua yang terus menerus memberikan galakan serta dorongan agar cepat bernikah. Mudah-mudahan usaha semua orang akan membuahkan hasil yang indah lagi manis. Teruskanlah usaha anda dan iringilah ia dengan doa juga. Sungguh, saya juga akan cuba melipat-kali-gandakan usaha saya serta doa saya dalam mencapai pembinaan insitusi kekeluargaan Muslim yang berkebajikan..!!!

Sunday, November 23, 2008

Pesan Arwah sebelum pergi ke Rahmatullah

Nenda ku berkunjung ke rumah kami di Taman Keramat ketika kenduri doa selamat untuk kedua ibubapa kami yang ingin menunaikan haji, tapi persinggahannya hanya sebentar.

Apabila nenda mahu pulang, beliau berpesan;

Nenda: "Udin..nanti kalo ko nak pilih calon isteri..jangan cari yang macam aku..pilihlah yang baik-baik..kalo tak cantik macam aku ni pun tak per..yang penting hati budi..Atok ni dah tua..takut tak sempat tengok cucu menantu aku tu nanti..atok restu sape jer yang udin pilih.."

Sarep: "Baik tok..insya Allah..terima kasih"

Nenda: "Nanti kalau dah ada mertua..kena buat baik dengan keluarga belah isteri juga..biar nanti ko ada cucu lebih baik macam ko.."

Sarep: "Amiin tok..amiin..hehe..insya Allah udin buat"

Nenda: "Ko kerja apa pun..tak kisah la kalau tak dapat jadi doktor ker..kita kena bersyukur apa rezeki yang kita dapat..macam atok ni, dulu makan jer apa yang tok abah bawak balik..yelah..gaji kerani polis jer..tapi Tok Mak tak kisah..asalkan halal"

Sarep: "Betul tok..betul"

Nenda: "Insya Allah nanti kita jumpa lagi yer..Atok nak balik Muor ni..kirim salam Rin(sepupu di Aussie) dengan anak-anak dia tu..nanti kalau ayah dengan mak dah pegi Mekah, kalau ko nak balik Muor lagi bagus..Atok bole masak.."

Sarep: "insya Allah tok..tapi atok larat lagi ker nak memasak..kalau macamtu..insya Allah nanti lepas balik Ostolia..udin balik kampung yer tok"

......

Begitulah kata-katanya yang terakhir telingaku mendengar, pesannya kepadaku. Tak ku sangka itulah pesannya yang terakhir, berkenaan dengan kahwin. Mudah-mudahan, segala pesannya akan terus tersemat dalam benak hati ku...

Moga jika aku mengamalkan segala pesannya, itu juga akan memberi amal kepadanya di Alam Kubur itu yang mana ia dalam kategori ilmu yang bermanfaat.

Thursday, November 20, 2008

Bila dia sudah tiada........



Salam perantauan untuk kali terakhir..

Sekarangl ni, alhamdulillah sudah selamat tiba ke Malaysia. Kepulanganku kali ini adalah emergency kerana sudah mendapat panggilan daripada tanah air, tentang perkhabaran nenekku yang sedang tenat. Nampaknya, kisah Dendang Perantau karya ku kali ini akan berkesudahan dengan nada dan rentak yang menyedihkan. Sangat sesuai lagu Ebiet G. yang berjudul "Aku ingin Pulang" dimainkan ketika hendak memulakan bacaan blog kali ini.

Mungkin kisah sedih ini tidak menjadi permintaan yang tinggi dari kalangan pembaca untuk mengikuti kisah di dalam blog ini, tetapi, saya juga berhak untuk menulis atas permintaanku juga.

Pada hari Selasa di Perth, kami sudah mendapat maklumat bahawa nenek kami sedang sakit tenat, dan kami pula mengambil keputusan untuk pulang. Tetapi bayaran pertukaran jadual penerbangan sangat mahal, akhirnya, atas budi bicara pegawai penerbangan swasta ini, kami berjaya menukar jadual kami dicepatkan daripada hari Ahad kami pulang, ditukar kepada hari Khamis pagi. Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 3.45 pagi waktu tempatan, kami chek-in untuk menyimpan barangan kami ke dalam pesawat. Sesudah itu, kami berehat sebentar dan bersedia untuk solat Subuh pada pukul 4.08 pagi waktu tempatan.

Selepas sahaja menunaikan solat, kami mendapat panggilan dari tanah air dengan nada sayu; "Tok Mak meninggal pukul 3.10 pagi tadi.."


.......


Harapan kami untuk pulang menjenguk nenek kami yang tenat itu, tidak kesampaian, secara tiba-tiba memori dan wajahnya terbit di dalam benak hati kami mengenangkannya. Maka tak langsung, terus bercucuran air mataku mengalir melelehi pipiku. Nafasku tersekat-sekat menahan kesedihan, hatiku terus menjadi hiba, harapan untuk pulang juga turut hancur berkecai seperti cermin yang jatuh menghempas Bumi. Kerana jadual penerbangan kami pula yang ditangguhkan kerana keterlewatannya dan kesilapan yang mereka kesali.

Saya dan sepupuku terus menangis menutup muka kami dari pandangan orang ramai. Selama 10 minit air mata kami terus mengalir tidak henti di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth itu. Dalam fikiran kami, kami mahu pulang!! itu sahaja!! Tapi apakan daya, kami berjauhan. Bila ditanya bilakah jenazah akan dikebumikan? Mereka menjawab pukul 2 petang. Kami tetap hampa kerana pasti tidak sempat akibat keterlewatan penerbangan itu serta perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam.

Selama kami tidak menjejak kaki kami di tanah air, air mata kami terus mengalir, kami cuba menahan linangan air mata tersebut, sehinggalah ia bertakung di anak mata kami. Sakit juga menahan kesedihan ini. Tapi kami pasrah, apakan daya, itu kan ketentuan Tuhan. Sungguh kami terus redho dan cuba berusaha untuk menenangkan hati kami dengan membaca ayat al-Quran. Selepas membaca surah Yaasin berkali-kali, Kami mengerti maksud ayat dalam surah itu yang meminta kita untuk bersabar atas ketentuan Tuhan. Selepas mengambil masa untuk menenangkan diri, alhmdulillah emosi kami mula stabil. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga menangisi anak baginda; Kasim, yang meninggal dunia dalam usia yang muda, cukuplah jangan sehingga meraung-raung akibat kematian seseorang.

Terus saya mengajak sepupuku dan suaminya untuk mendirikan solat Jenazah Ghaib, kerana saya teringatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah melakukannya, ketika mana Pakcik Baginda; Ja'afar bin Abdul Mutalib syahid di medan perang Mu'tah, baginda mengajak para sahabat yang berada di Madinah untuk membawa makanan untuk meringankan beban keluarga Ja'afar bin Abdul Mutalib serta mendirikan solat jenazah walaupun tiada jenazah di hadapan mereka. Maka kami pun mendirikan Solat Jenazah Ghaib di Terminal, menghadap dinding di tempat menunggu perlepasan.

Alhamdulillah..kini kami tiba di tanah air, walaupun tak sempat melihat wajahnya dan bermesra dengannya buat kali terakhir, cukuplah doa kami mengharapkan redho-Nya.

Allahumma ghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fu anha wa akrimiha fi ashabul jannah..

Tribute to nenek ku...Tik binti Idris...87 tahun..

Tuesday, November 18, 2008

Dendang Perantau II (The Advanture of Sarep to Center of the Perth)

Salam Perantauan sekali lagi...

Alhamdulillah, ada kesempatan pula sekarang ini untuk menulis lagi di negara orang. Kebanyakan pusat membeli-belah di sini mempunyai WiFi,jadi dikesempatan ini, maka menulis sebentar untuk berkongsi dengan para pembaca. Alhamdulillah kali ini, saya sudah membiasakan diri dengan cuaca di Australia. Cuaca, bukan lagi penghalang bagi saya.

Kali ini, saya ingin menyentuh tentang freindly penduduk tempatan ini. Memang benarlah Allah mengatakan yang Allah menciptakan manusia ni berpasang-pasang dan berpuak-puak untuk kita saling mengenali(lita'arofu). Maka inilah hakikat yang saya pelajari dari perantauan saya ini. Baik di Indonesia mahupun di Australia. Bukanlah saya kata begini, maka rakyat Malaysia tidak friendly, tapi mereka punya kelebihan yang tidak ada pada kita dan kita pula ada kelebihan yang tidak ada pada kita.

Sekali lagi saya ingin minta maaf kerana tidak dapat memuatkan gambar dalam blog kali ini kerana saya sedang menulis blog ini di tepi kedai sahaja sambil menunggu sepupu-sepupu saya sedang membeli-belah, jadi tidak kesempatan untuk memuat-turunkan gambar. Maaf ya.

Saya sangat teruja melihatkan orang-orang tempatan di sini sangat mesra dengan semua orang, baik dia bukan orang Australia sekalipun seperti; orang Cina, Pakist, Hungarian, Italian, Spanish, Maorish, French, English, Russian, Polski, Sweedish, Turkish, Malaysian, African, dan banyak lagi. Telah menjadi budaya hidup mereka untuk ramah-mesra dengan semua orang. Mereka juga mempunyai nilai berbudi-bahasa dalam pergaulan mereka. Semua itu telah menjadi satu budaya hidup di Australia ini. Saya suka memberikan contoh ketika mana saya memasuki ke sebuah kedai, baru sahaja masuk, mereka terus melayan saya dengan greetings yang sangat mesra.

Selalunya inilah ucapan-ucapan mesra mereka:
- "Good day mate!!"
- "Hello mate!!"
- "Cheers!!"
-"How do you do mate!!?"
-"Welcome to our store that we will help you to by the best from us"
-"How are you doing mate?!!"
-"ouh..Malaysian?Welcome to our country mate!!"
-"It is wounderfull to meet you mate!!"
dan banyak lagi.

Tapi, ada juga yang rasist(perkauman) serta berlaku tidak sopan. Yang rasist ni selalunya pada orang Africa dengan panggilan khas untuk mereka iaitu "niegar"(terdapat percanggahan pendapat tentang cara mengeja perkataan ini). Ada juga Australian yang tidak suka orang Afrika dipanggil sedemikian. Jadi mereka tahu jika sesiapa yang memanggil orang Afrika seperti itu, maka dia adalah rasist. Tapi kalau kita keluar malam, cukup di depan rumah sahaja, pergh!! Nanti nampak ramai yang mabuk berjalan terhuyung-hayang di jalanan sambil menyanyinya, mencarut sana-sini(sampai tiang lampu pun kena mencarut), lepas tu ada yang berkelahi sesama mereka(tumbuk kalau kena xpe jugak..mabuk la katakan), dan banyak lagi.

Bila keadaan seperti itu berlaku di jalanan, pasti polis tempatan akan datang dengan segera dan menyelesaikan pergaduhan tersebut dengan kudanya yang besar. Saya teringat ketika saya di Indonesia, saya juga pernah menyaksikan pertelingkahan seperti ini di Indonesia, tapi lebih dasyat kerana mereka bergaduh dalam keadaan sedar(tidak mabuk) dan membawa senjata tajam yang merbahaya. Di Indonesia, terdapat dua buah Universitas yang bersebelahan yang selalu sahaja bergaduh pada Jumaat malam Sabtu, menurut penduduk tempatan, mereka ini kadang-kadang bergaduh kerana perkara yang kecil seperti perempuan dirampas orang, orang sebelah pihak diperas ugut oleh pihak yang lain hatta ada pelajar dari universitas lain itu menumpang tandas di universitas yang lain juga menjadi punca tawuran, iaitu pergaduhan. Biasanya mereka bergaduh kerana mahu menunjuk siapa yang lebih kuat.

Selama saya hidup, saya tidak pernah lagi melihat pergaduhan yang dasyat di Malaysia melainkan pergaduhan diantara orang yang mabuk, pergaduhan di antara budak-budak kecil(budak sekolah menengah pun ada!!), dan pergaduhan ketika demostrasi silat(demostrasi jalanan tu, saya tak panggil ia sebagai pergaduhan).

Sekarang ini, sepupu saya membawa saya ke bandar Perth. Ketika ini, saya dengan sepontan membuat perbandingan kehidupan di Perth dan juga Kuala Lumpur. Perth adalah sebuah bandaraya yang hendak membangun, manakala Kuala Lumpur pula sudah pesat membangun, bangunan di Perth tidak sepadat di Kuala Lumpur. Tapi melihatkan tapak pembinaan di Perth ini, saya sangat kagum kerana ia sangat bersih dan tersusun. Manakala pekerjanya pula adalah tterdiri dari kalangan penduduk tempatan. Anda pun tahulah kalau di Malaysia bagaimana bezanya. Kalau di Indonesia pula, bahan-bahan binaannya sangat mudah didapati, kerana ia menggunakan bulu sebagai rangka binaan dan batu-bata pula adalah buatan tangan. Teknologi yang digunakan di Australia memang hebat, bayangkan, untuk membina sebuah rumah satu tingkat, cukup 3 orang sahaja yang membuatnya.

Kemudian tahap kebersihan Bandar Perth memang sangat terjaga, setiap pengguna di Bandar Perth seolah-olah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan Bandar tersebut. Ada yang sanggup berjalan jauh semata-mata untuk membuang sampah. Kita pula? Boleh membuang sampah di merata-rata tempat. "Nanti ada la yang kutip sampah tu". Heh!! Itu saja alasan mereka.

Kemudian, para peniaga di Australia tidak pernah menipu, jika barang itu tidak berkualiti atau rosak, dia akan beritahu apa yang rosak dan kemudian dia turunkan harganya. Kalau ada diskaun tapi tidak tertera, maka dia akan beritahu tanpa menyembunyikannya, jika dia terlupa barang itu ada diskaun, dia akan minta maaf dengan segera kemudian dia berikan freegift. Memang menarik. Jalan raya di Perth pula, tidak ada kereta yang terlalu laju dan tidak ada yang terlalu perlahan. semuanya menurut undang-undang, jika menyalahi undang-undang, dengan segera polis akan datang dan saman pesalah tersebut. Kemudian yang paling saya kagumi ialah, pedestrian(pejalan kaki) sangat-sangat diraikan, jika ada yang ingin melintas jalan kecil di zebra line, pasti semua kereta akan memberi laluan kepada pejalan kaki.

Kalau di Malaysia, heh, tau-tau jelah kan..hehe..

Tadi, baru dapat panggilan dari kampung kami di Muar, Johor. Nenek kami sedang tenat di Hospital Muar. Kami terus membuat keputusan untuk segera pulang ke tanah air agar kami dapat menziarahi nenek kami yang tercinta itu. Kami terus menyingkatkan percutian kami di sini. Insya Allah, esok kami akan pulang ke tanah air. Kalau tidak, kami akan pulan hari Ahad, tapi kamii telah memutuskan hari Khamis akan kami pulang. Apabila mendengar berita itu, sayu di hati kami yang berada di perantauan ini. Tidak ada lagi mood bercuti, yang kami tahu, kami mahu pulang (pasang lagu Ebiet G. "aku ingin pulang") ke pangkuan nenek kami. Yang lebih sayu, ibu saudara ku menyatakan nenek asyik menyebut nama kami serta anaknya iaitu ayahku. Ayah saya sekarang di Mekah sangat-sangat merindukan ibunya yang sedang sakit tu, hampir setiap hari ayah memberi SMS kepada kami tentang keadaan nenek. Ayah hanya mampu berdoa untuk ibunya yang sedang tenat.

Insya Allah, apabila pulang sahaja ke tanah air, saya akan meneruskan penulisan tentang pengalaman ke negara orang ini. Semoga kita berjumpa lagi..

Monday, November 17, 2008

Dendang Perantau I (Sarep and the Weather of Perth)

Salam Perantauan..

hehe..untuk maklumat para pembaca, kini saya sudah selamat tiba di Perth, Australia. Alhamdulillah..di sini memang banyak beri pengajaran kepada diri saya serta lebih mengajar kepada diriku tentang nikmat bersyukur terhadap ciptaan Allah serta dapat juga berkenalan dengan kaum-kaum yang lain.

Mungkin di penulisan kali ini, hanya ringkas dan tidak sepadat mana serta tidak juga diisi dengan beberapa gambar yang menarik di negeri orang ini. Saya tidak dapat nak mengambil kesempatan yang ada untuk mengupdate setiap hari. Bahkan, untuk menjadikan penulisan yang lebih menarik, seharusnya membuat draft idea agar penulisan lebih menarik perhatian para pembaca serta memberi erti kepada para pembaca seluruhnya.

Saatnya saya bersama sepupu dan suaminya tiba di Australia ini, sebenarnya di airport tu ada banyak kisah lucu yang ingin saya ceritakan, tapi mungkin sekarang, mungkin di post yang akan datang. Cuma yang ingin saya sentuh dalam post kali ini ialah tentang cuaca dan makanan. Saya juga ingin menyelit tentang program mingguan yang saya kena pergi di sini.

Kali pertama saya melancong ke luar negara..menaiki kapal terbang, adalah ke Jakarta,Indonesia. Kini, ke Perth, Australia pula. Kedua-duanya memberikan pengajaran serta ilham yang sangat bermakna buat diriku. Memang benarlah kata Allah yang menyuruh kita melata ke Bumi Allah ini kerana padanya akan memberikan pengajaran tentang orang-orang terdahulu. Tak ingat pula ayat dan surah apa tentang hal ini, sebab belum Haafiz lagi, tak boleh nak petik terus dari al-Quran, perlu dibantu bantuan buku rujukan serta Mu'jam(al-Quran indeks).

Saya ingin membuka cerita tentang bahasa di tempat yang dikunjungi saya. Mula-mula di Indonesia. Bahasa Indonesia sememangnya hampir sama dengan Bahasa Malaysia, tetapi berbeza pada tempat-tempat penggunaan kalimah tersebut serta berbeza juga dengan makhraj huruf yang diguna pakai di Malaysia. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sebelum ini sangat kerap membaca buku-buku Dakwi dari Indonesia serta beberapa novel yang juga menjadi bacaan saya sebelum ini. Jadi bila pergi ke Indonesia, tidak terasa terlalu kekok untuk bertutur Indonesia dengan baik. Di Australia pula, menggunakan bahasa Inggeris, daripada saya kecil sehingga sekarang belajar bahasa Inggeris, alhamdulillah saya juga tidak kekok di sini.

Tapi masalahnya, luhjah atau loghat yang digunakan mereka itu membuatkan saya kadang-kadang tidak dapat memahaminya. Contohnya di Indonesia, kadang-kadang mereka akan menggunakan luhjah bahasa bangsanya dalam penggunaan pertuturan Bahasa Indonesia. Kalau di Australia pula, begitu jugalah masalahnya. Masalah luhjah yang membuatkan saya tidak dapat agak pertuturan mereka. Tentang ini, saya tak dapat nak berikan contoh kerana ia perlu didengari, jadi, barangsiapa yang ingin mengetahui tentang hal ini, bolehlah mendampingi saya untuk tahu lebih lanjut.

Berkenaan dengan makanan pula, ya Allah!! Bermacam-macam jenis makanan saya dapat rasakan di luar negara. Sudah pasti semua makanan yang telah melalui trakea saya pasti hanya menjadi kenangan dan tidak dapat untuk berkongsi dengan para pembaca juga. Yang pasti, semuanya sedap dan mempunyai rahsia tersendiri. Tapi yang pasti, di Australia, asyik makan kambing sahaja, takut juga nanti kena high blood presure pula, tapi alhamdulillah selepas diperiksa, tiada pula.

Kini berkenaan tentang cuaca pula. Di Indonesia, kalau di Jakarta, memang panas sangat, lebih panas di Malaysia, tapi di Bandung pula, kerana ia kawasan tanah tinggi, maka suhunya juga rendah, seperti di Bukit Fraser ataupun di Bilik Guru yang dibuka aircorn-nya kerana inilah tempat-tempat yang paling sejuk pernah saya pergi. Maka di Australia pula, ya Allah..Allah saja yang tahu apa yang saya lalui.

Mereka di Australia kata; "Sekarang ni musim panas, suhu bole sampai 44'C tau!!". Memang betul saya percaya kata mereka itu, tapi bila tiba di Australia, ya Allah!! Bila angin sepoi lalu sahaja, rasa sejuknya sehingga ke medula oblogata!! Melihatkan orang-orang tempatan(omputih) ni sekadar memakai "singlet" sahaja, yang lebih dasyat ada yang tidak berbaju tapi berseluar berjalan di pedestrian ataupun di tepi pantai. Tahukah anda!!?? Sekarang ini bersuhu 25'C!!!! Memang sejuk sangat!!!!

Ada penduduk tempatan pelik melihat saya memakai jaket sejuk di tengahari yang panas bagi mereka, lalu dia pun bertanya;
"Good day mate!! Are you not feel hot today?".

Dan saya pula menjawab; "Good day!!I'm freezing here. Maybe because i'm new here."

Orang tempatan itu bernama Robert, usianya dalam lingkungan 30-an, segak dan tampan orangnya, tingginya mungkin sudah mencecah dalam 200m ke atas. Dia gelak setelah mendengar jawapan ku langsung dia bertanya negara asalku. Sudah pastilah jawapan ku adalah Malaysia. Kemudian kami terus berborak dan dia pula menyatakan harapannya untuk berkunjung ke Malaysia. Lalu inilah jawapanku "Malaysia are gladly to welcoming you." Kemudian dia pula mengajak saya untuk berkunjung ke kedainya nanti. Dalam perbualan saya dengan Robert ini, jelas melihatkan betapa peramahnya mereka walaupun dengan orang asing dan saya pula tidak bertutur dengan elok sehinggakan grammer saya pun tidak tersusun tapi dia tetap melayan saya dengan ramah.

Bukan Robert sahaja yang bertanya tentang ini kepada saya, malah ramai lagi yang bertanya kepada saya. Dalam perbualan dengan mereka, banyak lagi topik perbualan kecil yang pasti selit dan antaranya ialah berkenaan dengan Islam serta masalah gejala sosial yang melanda pada remaja mereka hari ini.

Barulah sekarang ini, saya menyedari betapa nikmatnya cahaya matahari itu. Baru hari ini saya sedar betapa pentingnya panas matahari itu. Sebab panas matahari itulah yang sebenarnya memanaskan kita dicuaca yang sejuk ini. Patutlah ramai orang putih suka berjemur di bawah cahaya matahari. Tidak Allah jadikan semua ini dengan sia-sia.

Maka pengalaman ini juga dikongsikan pada pelajar-pelajar Malaysia di University of Western Australia yang sedang mengikuti program dauroh yang diadakan untuk mereka. Saya pula hanya sekadar menjadi muwajih jemputan dengan memberikan tazikrah ringkas sahaja berkenaan matahari. Hehe. Mereka juga ketawakan saya kerana hal ini.

Selepas Dauroh itu, ada beberapa orang pakcik yang bertanya tentang latar belakang saya dan mereka terkejut kerana saya hanyalah pembantu makmal di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Terus mereka ingin memasukkan anak mereka ke sekolah al-Amin. Hehe..mesti Ust Hasni bangga. Ada juga yang minta saya mengajar di sekolah swasta di Perth ini. Hehe..Apa la yang terkejut sangat. Tazkirah yang saya berikan sedikit pun tidak begitu menarik sangat. Kemudian Ikhwah-ikhwah di sana membawa saya pulang ke rumah sepupu saya. Di sana ada ramai ikhwah Indonesia, mereka pula menyangkakan saya ini adalah daripada Indonesia. hehe..Ikhwah Indonesia ada mengatakan kepada saya, yang mereka tidak pernah terpikir untuk menceritakan pengalaman pertama kalinya ke negara orang kepada orang ramai untuk dijadikan bahan tazkirah. Tapi mungkin ini cara saya dalam berdakwah.

Tiba-tiba kami sekeluarga dapat panggilan dari Malaysia mengatakn nenek kami sedang tenat di Hospital Muar, terus kami semua gelisah kerana kami berada jauh dari mereka. Insya Allah bila saya pulang Khamis nanti, saya diarahkan oleh ayahku di Mekah untuk terus ke Muar. Tolong doakan untuk nenek ku yang tenat akibat stroke ya..Amiin..

Sedarilah wahai para pembaca di Malaysia, Syukurilah nikmat matahari di Malaysia ini. Saya pernah terfikir, jika Matahari tiada...bagaimanakah jadinya??????Mungkin lebih sejuk daripada apa yang saya alami sekarang ini. Hari ke-2 di Australia sudah demam, kemudian mengisi tazkirah pula..hehe..Mungkin jika matahari tiada, akan berlaku seperti yang saya cerita sebelum ini dalam tajuk "Percanggahan tentang pengakhiran Bumi".

Nikmat Matahari adalah nikmat yang paling dirasai harganya ketika saya di Australia ini.!!! Tempat yang paliing menakutkan saya pula di Australia ialah, tandas....sebab setapak kita masuk ke tandas, menggigil mengharapkan cahaya matahari menyinari diri ini....

Untuk kesempatan ini, saya juga ingin mendoakan para pembaca semua sejahtera hendaknya, dan kepada calon SPM, "buat elok-elok naa Add Math tu.."