Saturday, November 15, 2008

Perutusan Wasiatku dalam Kepergianku kepada warga Al-Amin

Ukhuwwah yang tidak pernah selesai.


Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah atas nikmat Islam yang telah dilimpahkan kepada kita. Mungkin ketika ini kita tidak dapat bertemu seperti biasa, mungkin juga pada hari ini, banyak berlaku peristiwa yang baru pada hari ini dan itulah taqdir Allah pada diri kita ini.


Bersyukurlah kepada-Nya yang telah memberikan taufiq berupa nikmat ukhuwwah agar kita dapat meneruskan amal kita kepada Allah dan berkhidmat kepada umat kita dan meneruskan warisan berzaman para anbiya’ sehingga ke hari ini iaitu dakwah ila Allah.


Dialah yang memberi taufiq dan hidayah kepada kita dan membantu menyempurnakan keperibadian Islam kita dengan aqidah, ibadah dan akhlaq Islamiyyah. Dengan demikian kita dapat menyedari beratnya tanggungjawab kita terhadap agama yang benar ini. Haruslah disedari bahawa kita tidak akan merasa cukup menjadi muslim sendirian, dan kita berkewajiban memainkan peranan positif dalam rangka membangun Daulah Islamiyyah, menegakkan masyarakat Islam yang dikenalikan oleh aqidah dan syari’at Islam, bukan dibawah kendalian manusia semata-mata.


Telah jelas bagi kita bahawa kewajipan besar ini tidak mungkin dapat dilaksanakan secara sempurna kalau hanya dilaksanakan secara berseorangan. Tetapi ia harus dilakukan dengan menghimpunkan potensi dandalam satu manhaj yang betul dalam rangka mencapai tujuan yang agung ini.

Kita harus mengkaji, memilih dan mencari petunjuk, sehingga Allah memberi taufiq dan menunjukkannya ke jalan dakwah, lalu kita mengenalnya, mengenal petunjuk-petunjuk jalan dakwah dan mengenal siapa yang melaluinya. Kita rela dan percaya kepadanya, kemudian kita beriltizam dan mengikatkan diri kita dengannya. Dan kita membuktikan kepada Allah. Oleh kerana itu bersyurkurlah dengan memuji Allah atas hidayah dan taufiq-Nya.


Kenalilah saudara kita.


Betapa perlunya kita bersaudara kerana Allah Taala pada seluruh kehidupan kita ini bersama-sama di atas jalan Allah ini, untuk memperteguhkan ikatan antara sesama kita, sebagaimana telah dilakukan Rasulullah s.a.w. ketika ia mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Mereka telah mengukir contoh teladan yang indah dan agung tentang cinta dan ikrar mengutamakan saudaranya daripada diri sendiri.

Sudah begitu banyak dalil-dalil bahawa pentingnya nilai kekuatan kita bersama-sama dengan sahabat kita iaitu saudara kita sendiri.


Firman Allah Taala :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh." [as-Shaff : 4]


Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Orang mukmin dengan mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan bangunan yang sebahagiannya mendukung sebahagian yang lain.” [HR. Muslim]


Dalam hadith yang lain pula;

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam rasa cinta, kasih sayang dan kemesraan mereka seperti badan yang satu, apabila sebahagian dari anggotanya merasa sakit, maka seluruh anggotanya turut merasa sakit, seperti kena penyakit susah tidur atau demam”. [HR. Bukhari]


Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Seorang muslim adalah bersaudaranya dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak membiarkannya (mendapat bahaya). Siapa yang menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Siapa yang melepaskan saudaranya dari satu kesusahan, Allah melepaskannya dari satu kesulitan, bahkan berbagai kesulitan di Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keaiban) seorang muslim, Allah menutupi keaibannya pada Hari Kiamat.” [HR. Tirmizi]


Oleh kerana itu wahai saudara-saudaraku, saya menyeru kalian, kenalilah akan saudara-saudaramu iaitu teman-temanmu itu sendiri!! Bersatu padulah!! Bekerjasamalah menggalakkan mekanisma saling menasihati dan menegur secara terbuka, ciptakan bukan suasana saling bertanggungjawab dan berkasih sayang, dan jadilah hamba Allah yang bersaudara.


Lihatlah contoh teman-teman Rasulullah s.a.w. dlm berukhuwwah


Ikhwanil kiram! Sesungguhnya kita semestinya ingin mencari ukhuwwah yang macamana yang terbaik di sisi Allah. Sedarlah bahawa sudah jelas dari al-Quran menyatakan bahawa tahap ukhuwwah yang paling mulia di sisi Allah adalah seperti firmannya


“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.” [al-Fath : 29]


Dalam firman Allah yang lain:

”Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya.” [al-Fath : 18]


Seterusnya Allah berfirman lagi:

”Dan orang-orang Yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.” [at-Taubah : 100]


Rasulullah s.a.w. pula bersabda

Daripada Abi Burdah, daripada ayahnya (Abu Musa al-Asy’ari) dia berkata: “Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian kami berkata: “Apa kata kalau kita tunggu sehingga dpt solat Isyak bersama-sama Baginda.” Maka kami tunggu sehingga Baginda menemui kami lalu bersabda: “ Kamu masih di sini?” jawab kami: “Wahai Rasulullah! Kami telah menunaikan solat maghrib bersama-samamu. Kemudian kami berkata: ‘Mari kita duduk sehingga kita dapat solat Isyak bersamamu’.” Baginda bersabda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul.” Kemudian Baginda mengangkat kepalanya mendongak ke langit dan diikuti oleh para sahabat yg lain, lalu Baginda bersabda: “Bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang tersebut, maka akan didatangilah langit itu apa yg telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat bagi sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan didatangilah sahabatku apa yg telah dijanjikan untuk mereka. SAHABATKU pula adalah PENYELAMAT UMATKU. Apabila perginya sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka. (Riwayat Muslim dan Ahmad dlm Musnadnya)


Betapa tingginya martabat para sahabat Rasulullah s.a.w. ini. Bagaimana mereka diangkat martabat yang begitu tinggi ini? Mungkin akan ada yang berkata; ”Bolehlah, mereka itu hidup di zaman Nabi, Nabi boleh bagi petunjuk.” Mungkin juga ada yang berkata; ”Kita ni tak semaksum mereka, mereka punya Nabi yang sentiasa membetulkan akhlak mereka dan peribadi mereka”. Ingatlah, bahawa segala teguran Rasulullah s.a.w. pada para sahabat juga sangat bermanfaat pada zaman kita, kerana itulah kita sangat-sangat dituntut untuk mengetahui sirah sahabat dan kisah-kisah mereka yang terdahulu sebagai rujukan untuk kehidupan kita hari ini.


Sahabat yang macamana kita ini?


Saya merasa sangat pelik melihatkan gelagat warga al-Amin hari ini, yang mana, mereka ini semuanya begitu memperjuangkan prinsip setiakawan. Tetapi bagi saya, tidak banyak yang saya dapat lihat hakikat setiakawan yang diperjuangkan oleh anak-anak muda al-Amin hari ini. Lebih banyak kekecewaan saya melihat perjuangan setiakawan ini berbanding berbangga dan terharu melihat beberapa pihak yang benar-benar faham akan makna setiakawan itu.

Jika dilihat apabila selesai solat berjemaah di masjid yang baru dibina ini, ramai di antara anak-anak muda al-Amin hari ini, pergi berhimpun membuat halaqoh bersama-sama dengan kawan-kawannya di berbagai sudut dalam masjid, kemudian mereka berborak-borak dan bergelak ketawa. Heh!! Urusan apa yang begitu penting sehingga mereka sanggup bangun dari tempat mereka solat itu dan berjalan jauh kepada teman-teman mereka hanya semata-mata untuk berborak dan bersenda gurau?!


Masih banyak lagi hal yang sangat mengecewakan saya dan mata yang memandang. Ketika makan mereka, ketika bermain sesama mereka, ketika dalam pergaulan, ketika belajar,dan banyak lagi. Semuanya hanya menggunakan slogan ”Takkan nak tinggalkan kawan?!”. Tapi semuanya umpama lakonan semata-mata. Slogan ini paling ketara diamalkan oleh mereka hanya ketika dalam keadaan susah bersama-sama seperti dalam perkhemahan. Semuanya saling bahu-membahu dan tidak akan lekang dari teman-teman mereka. Ketika itulah saya melihat nilai persahabatan yang sangat utuh, tapi malangnya ia tidak berkekalan, hanya ketika itu sajalah.


Saya sangat terharu dengan beberapa orang kawan saya ketika di kolej dahulu, terdapat seorang kawan yang sangat dho’if dan tidak mampu untuk membayar yuran kolej yang begitu mahal iaitu RM450 sebulan, tetapi kawan-kawan saya yang sudah lama berkenalan dan satu usrah ini, mereka berinfaq, menggabungkan sejumlah wang yang mereka ada untuk membantu kawan yang susah ini membayar yurannya. Alhamdulillah, mereka semua istiqomah membantu kawan yang susah ini sehingga mereka menamatkan pengajian dengan cemerlangnya.


Saya lebih terharu ketika saya bekerja di hospital sebelum ini, ada seorang mangsa kemalangan yang dimasukkan di hospital tempat saya bertugas, malangnya mangsa tersebut kehilangan daya melihat akibat kemalangan yang berlaku pada dirinya. Kawan yang selalu menemani si mangsa ini pada setiap waktu selepas tahu bahawa si mangsa itu kemalangan sangat risau mendengarkan berita ini. Akhirnya, dia mengambil keputusan, untuk mendermakan kedua-dua belah matanya untuk si mangsa kerana si mangsa itu lebih memerlukan mata tersebut dari dirinnya. Baginya, si mangsa bekerja sebagai seorang pemandu kapal terbang, jadi mata tersebut pasti akan sangat membantu dalam kerjayanya nanti, malah si mangsa juga masih bujang. Tetapi kawan yang mendermakan mata itu mengatakan, kerjanya mudah sahaja, hanya seorang peguam, katanya terlalu ramai peguam yang terdiri dari orang buta, jadi dia merasakan mata itu tidak akan memberi impak kepada kerjayanya dan dia pula ialah seorang duda, dan bapa kepada seorang anak yang sudah 7 tahun. Maka dia pun mendermakan matanya itu. Untuk makluman, mereka berdua adalah orang cina Kristian.


Bagaimana ya, si kawan ini sanggup dermakan matanya? Bagaimana pula kita? Bukankah keadaan ini hampir sama dengan para sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi sahabat mereka yang tercinta itu? Muaz bin Jabal pernah menjadi perisai ketika puluhan panah melanda Abdul Rahman bin Auf. Nusayba antara sahabiah yang juga menjadi perisai ketika keadaan kucar-kacir dalam peperangan Uhud kepada Rasulullah s.a.w. Mereka mempertaruhkan nyawa kerana Allah untuk kepada kawan-kawannya wahai saudaraku..!! Bagaimana pula kita?


Tawarkan kepada kawan-kawan kita suatu ”hadiah” yang agung!!


Kita merasakan kita mampu mendapat ramai kawan kerana kita mampu mendapatkan mereka dengan wang ringgit, tapi ketahuilah bahawa hanya Allah sahajalah yang Maha Berkuasa untuk menawan hati-hati manusia yang Dia sendiri ciptakan. Seperti di dalam firman-Nya:


”Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Anfaal : 63]


Kita perlu tawarkan kepada mereka dengan mengatakan; ”Aku ingin bersama-sama dengan kamu wahai kawanku ke dalam syurga nanti, kita akan duduk bersama-sama di taman yang indah, padanya ada sungai yang mengalir, air sungai itu sangat menenangkan dan dipenuhi dengan susu dan madu. Kita akan dilayan oleh bidadari-bidadari yang tiada tandingannya kecantikan mereka melayani kita seorang sepuas-puasnya. Kita akan memiliki mahligai tersendiri yang sangat indah. Apakah itu pun masih engkau tidak mahu kenikmatan yang sangat besar ini? Dan yang lebih nikmat di sana nanti, kita akan bertemu dengan Pencipta kita ini. Tidakkah kamu mahu melihat wajah Penciptamu yang sangat kamu rindui ini? Maka wahai sahabatku, marilah kita bersama-sama menyahut seruan kepada Jalan-Nya yang lurus dan jangan kita hanyut dengan dunia yang mengaburi mata kita juga menjadi hamba kepada nafsu semata, agar bersama-sama kita menggapai suatu hadiah yang besar ini”


Doa Penutup


Di akhir huraian ini, kami menghadap Allah dengan doa, ”semoga Dia mengampuni atas kesalahan yang kita lakukan. Semoga Allah menerima usaha yang Allah telah limpahkan taufiq-Nya kepada kita”. Kita semua menghadap Allah, semoga Dia memberikan kemenganan kepada dakwah-Nya di muka bumi ini dan membukakan pintu hati manusia menerima dakwah-Nya.


Semoga Allah menjadikan kita sebagai tentera-Nya yang benar dan mengurniakan kepada kita syahid. Semoga kita dimasukkan ke dalam syurga-Nya bersama para Anbiya, as-Shiddiqun, as-Syuhadaa dan as-Shalihun. Mereka adalah teman-teman terbaik. Amin!!

Wednesday, November 12, 2008

Kenduri Doa Selamat ke Australia????

Gambar Hiasan




2 minggu yang lepas, di rumah saya, telah diadakan majlis doa selamat untuk ibubapa saya yang akan melengkapkan rukun iman ke-5 iaitu menunaikan haji di Mekah. Majlis kenduri itu sederhana sahaja. Maka didirikan 2 khemah di hadapan rumah saya. Tapi dengan berdirinya khemah itu, telah memberikan berbagai tanggapan terhadap kami sekeluarga sehingga saya juga terkena tempiasnya.

Salah seorang jiran kami selang beberapa rumah datang ke rumah kami dan ketika itu kami(Ayah,abg2 dan sy) sedang menyusun kerusi dan meja. Maka jiran itu terus bertanyakan ayah saya

Jiran 1: Kassim..takkan kawen anak ko yg bongsu..2 khemah jer..
Ayah: hahahaha!!ikutkan aku..tak payah khemah pon..aku tulis kt kad kawen nnti suruh masing2 yg dtg tu bwk payung dgn mknn sendiri lagi..hahaha!!
Jiran 1: Hahahaha!!betul2 budget tu..

"haa!!ni majlis kawin aku ker?" tanya diriku sendirian.


Situasi yang seterusnya pula
Jiran 2: Kassim..Lebai Manan(juru nikah di kariah kami) tak dapat datang laa..
Ayah: laa..aku ajak imam bkn Lebai Manan..tp kata Harun dia dh ajak Lebai Manan..
Jiran 2: laa..ni bkn mjls nikah anak bongsu ko ker?
Ayah: Hahahahaha!!tak kan la mjls akad nikah kt umah pengantin laki plak?
Jiran 2: mana la tau..zaman dh berubah..perigi plak yg cari timba ker..hahahaha!!

"haaa!!aku kena lagi..." rintih diriku sambil senyum tersipu-sipu

Sehinggakan saya sendiri dapat message daripada luar negara yang memarahi saya kerana tidak memberitahu tentang majlis perkahwinan saya pada hari tersebut. Ada juga yang membuat panggilan secara langsung dari luar negara dan memarahi yang sedemikian juga kepada saya. Terus secara langsung saya memberitahu keadaan yang sebenar dan menerangkan salah faham mereka.

Tetamu yang dijemput hanyalah jiran tetangga disekitar sahaja. Tak sampai dalam lingkungan 40 buah rumah, mungkin hanya separuh sahaja. Jadi kepada para pembaca yang rasa kecil hati kerana tidak dijemput, saya mewakili keluarga ingin memohon kemaafan atas kesulitan yang berlaku. Menjelang tengahari, ramai tetamu dari kalangan jiran tetanggaku sudah tiba dan siap-siap untuk mengadakan majlis doa selamat dengan ringkas. Turut hadir Abang Imam(beza usianya dengan penulis cuma 5 tahun sahaja), Pak Lebai serta tidak ketinggalan Lebai Manan yang datang dengan membawa buku serta fail-failnya. Pakcik Harun menyakatku "Haa..dh ready belum?Lebai Manan dh sampai tu..hehe". Saya cuma mampu tersenyum dan kaget juga. Rupa-rupanya Lebai Manan baru pulang menikahkan orang lain. Hehehehe..

Selepas selesai majlis itu, terus tetamu dijemput untuk menjamu makanan yang telah disediakan. Para tetamu juga membantu kami menguruskan majlis ini, seolah-olah saya merasai suasana seperti di kampung itu hidup pula di tengah-tengah Kuala Lumpur ini.

Kebanyakan para tetamu yang sudah menjamu selera dan bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing, mereka pergi ke ibubapaku dan mengucapkan "Selamat Pergi dan Selamat Kembali". Sehinggakan ada yang menitik air mata apabila bersalaman dan berpelukan dengan ibubapaku seolah-olah tidak dapat berjumpa lagi selepas ini. Sememangnya diketahui ada kes kematian pada jemaah haji dalam menunaikan ibadah haji. Sayu pula melihat suasana ini.

Dalam masa yang sama, saya yang sedang berborak dengan Abang Imam tu bersama-sama dengan beberapa jiran kami yang usia dalam lingkungan 20-a, saya bertanya padanya tentang satu persoalan yang bermain di benak hatiku ini.

Sarep: Kenapa kita ucap "Selamat Pergi dan Selamat Kembali" tu pada yg nk pegi Haji jer ek?kalo org yg nak pegi australia tak plak.
Abg Imam: hahahaha..klo org pegi Australia, diorg akan ucap;"Ko jgn lupe bwkkn aku kangaroo ker koala ker..ape2 ar" asalkn buah tangan ar..kn?
Sarep: ha'ah..ade ker nk bwk haiwan terancam tu blk KL..ramai plak tu yg pesan mcm2..
Sarep: lpstu kn..kenapa kite xbuat doa selamat utk org pegi Haji jer?tp xbuat pulak utk org yg nk pegi Australia ni?pd hal gi Australia pon musafir gak..jalan jauh gak..maybe xselamat dlm perjalanan..jd perlu jugak utk doa memohon keselamatan
Ma-il: ha'ah ar..btul2..knape ek?
Aizat: laa yg tu..ko doa sorg2 sudeh..
Sarep: klo mcmtu..nape org pegi Haji ni sampai buat majlis mcmni ajak ramai org utk doa sama2 memohon keselamatan ni..
Abg Imam: hahahaha!!!betul jugak kn..hmm..ntah la..ok la klo mcmtu..jom kite doa ramai-ramai untuk memohon keselamatan untuk kawan kita ni yang akan pergi ke Australia nnti.

Ketika itu, dalam fikiranku menyangka cuma gurauan, melihatkan Abang Imam yang membacakan doa serta kami yang disekelilingnya juga turut menadah tangan berdoa mengaminkan bacaan doanya, para tetamu yang lain juga turut menadah tangan dan mengaminkan doa Abang Imam. Suasana menjadi sunyi dan kedengaran Abang Imam membacakan:

"Allahuma inna as-aluka salamatan wa haafizuka 'ala akhuna..mohd syaraffaddin..al-musafiru fi sabiluka bil hidayatan wa mubarakatan..asraa-ihi ila australi bis salamah.."

Para hadirin yang menadah tangan secara langsung terus mengaminkan doanya. Sambil diriku serta beberapa teman yang lain tergelak dalam diam. Kemudian Abang Imam menyudahkan bacaan doanya dengan doa selepas makan. Habis sahaja bacaan, ada yang bertanya sesama mereka:

Jiran 3: Imam baca ape ek?
Jiran 4: Baca doa selepas makan kot
Jiran 3: ooooo..

Kami yang terdengar perbualan itu, turut tergelak sesama kami. hehe..

Abg Imam: Satu lagi amalan bid'ah(mengada-adakan amalan doa selamat ke Australia) terbit di Taman Keramat..hahaha!!
Ma-il: Sarep, klo ko kene tahan skali lagi kat interpol, ko tau la sbb ape kn?hahaha!!
Aizat: karang kene tahan mcm kt Indon dulu..hahahaha!!
Ma-il: sbb nak tangkap pencipta ibadah baru..Haji ke Australia..hahahaha!!
Sarep: Weyh..jgn ar..serik aku kne tahan kt Indon haritu..
Abg Imam: Nauzubillah..

Sunday, November 9, 2008

Komot Pandang Belakang??!!



Baru-baru ni, Komot ada bercerita kepadaku tentang kisahnya mengikuti suatu program perkhemahan di suatu tempat rekreasi yang terkenal di kawasan Selangor ini. Maka diriwayatkan melalui diriku ini bahawa Komot bercerita:


"Lepas solat Maghrib, tiba-tiba hati ni rasa kurang senang skit ar."


Jadi cepat-cepat amik keputusan untuk menyertai program perkhemahan asas Tingkatan 1. Bila dah siap berkemas, solat Isya' dulu lalu pinjam kereta ayah yang mana ayah mahu gunakan kereta tu esok pagi untuk bekerja. Maka Komot pun berjanji untuk pulang awal selepas solat Subuh di sana untuk memulangkan kereta kepada si ayah.


Kemudian terus memandu kereta yang agak besar (jenis MPV) itu ke tempat perkhemahan di Ulu Yam. Apabila sudah melepasi kawasan Selayang, selepas sahaja melewati Empangan Batu, tiba-tiba hati bergoncang lagi seolah-olah ternampak perkara yang bakal dilaluinya. Ketika itu, radio stesen IKIM.FM dipasang tidak mendapat siaran dengan elok kerana sudah memasuki kawasan hutan. Maka Komot terus pandu dengan berhati-hati di perjalanan walaupun sudah menjadi kebiasaan Komot apabila dia melalui jalan di Ulu Yam itu, pasti akan membuka skills driftnya di jalan tersebut. Tapi kali ini, Komot tidak dapat berbuat demikian.


Setelah melalui liku perjalanan, bukit-bukau, maka tibalah Komot di tapak perkhemahan. Komot disambut mesra oleh 2 orang pegawai tampan lagi segak berbaju uniform. Mereka menunjukkan tapak perkhemahan peserta. Sebelum itu, Komot melaporkan diri kepada guru bertugas. Selalunya program seperti ini, Cikgu Azmanlah komandernya, tapi dia tiada. Jadi Komot melaporkan diri pada Cikgu Sofiyah yang bersama dengan Cikgu Wan Jumainah serta Cikgu Ain.


Komot: Mana Cikgu Azman?
Cikgu Sofiyah: Dia balik kejap ada urusan keluarga katanya
Cikgu Wan Jumainah: Sy dengar awk dtg esok, knape dtg skrg pulak?
Komot: Ntah la, tiba-tiba rasa tergerak nak datang skrg
Cikgu Ain: Baguslah intuisi kamu Komot!! Awak dtg tepat pd masanya
Komot: Kenapa?
Cikgu Sofiyah: Sy risau la Komot, kat tmpt peserta lelaki tu bergelap, enjin tu rosak tak dapat nak hidupkan elektrik. Awk pegilah tgk diorg tu kalo ada ape2 ker. Lega sikit saya skrg ni ada org dewasa kat tmpt budak-budak tu. Awk kan terel skit bab-bab "tu".
Komot: "tu"?ape itu?
Cikgu Wan Jumainah: alaa Komot, paham2 jelah..
Komot: ok la, biar sy pegi tgk tmpt diorg dulu.
Cikgu Sofiyah: pegilah Komot..alhamdulillah.


Maka Komot pun diiringi oleh 2 orang pegawai segak lagi tampan itu ke tapak perkhemahan.

Nasri: Hati-hati abg komot, sini ada lecak (sambil menyuluh ke tempat lecak yg dimaksudkan)
Aizat: Mana?
Komot: oh yer ker?ok..time kasih..

Setibanya di tapak perkhemahan, Komot mendapati, semua peserta sedang bersiap untuk ke kawasan lapangan untuk aktiviti kawat dan bes(terdapat khilaf ttg cara penulisan serta ejaan berkenaannya). Baru sahaja Komot tiba, mereka pula beredar. Komot berasa hairan kerana tiada seorang AJK pun yang tinggal di kawasan perkhemahan untuk menjaga tapak perkhemahan. Komot ditemani oleh Alif yang tidak sudah-sudah membawa kotak keselamatan. Ketika Komot melihat kawasan sekitar perkhemahan...

Hati Komot masih tenang lagi, cuma ternampak serta merasai tempat-tempat yang masih "lemah dan mudah dicerobohi" oleh makhluk buas mahupun makhluk halus. Hanya berzikir yang dapat Komot lakukan untuk seketika. Maka Komot mengajak Alif untuk bersama dengan yang lain di lapangan.


Setibanya di lapangan, melihatkan ramai pegawai-pegawai(AJK) duduk di tepi seperti tak tentu arah, ada pula yang boleh membuat lawak pada sesi latihan dengan peserta. Lawak apa ntah..suruh buat "Rrrrr..kurrrrr..kurrr??" ntah la..Bila tiba bersama mereka, salah seorang daripada mereka bertanya pada Komot.

Suhaib (adik Same'on): Abg Komot, ade nmpk ape2 tak kt sne?
Rahman: alaa..ingat lagi tak sumpah Abu dulu.."kalo ada Komot, mesti ade nyer `bende2' ni"...
Komot: Ceh..!!jgn mintak la weyh!!
Suhaib: so?ade ape2 x?
Komot: ada..panggil yang lain, kita buat operasi. Sape pengarah?
Azim: eh Abg Komot..Time kasih dtg..ni apsal ni?
Rahman: haa..ni la pengarah prgm..
Komot: Azim, dh buat pagar belom?
Azim: dah.
Suhaib: Kitorg dah pasang tali..abg Komot nmpk kn td?ingat nk buat yg bwh skali tp xsempat..sampai lmbt td
Komot: pagar lain la..
Azim: ade buat kn td?
Rahman: ade..ade..
Komot: xpe..meh panggil mne2 yg duduk xde kije..kite buat operasi..
Azim: nk buat ape?nk ikut bole?
Komot: pengarah kne dok tgk perkembangan aktiviti.
Azim: alaa..
Komot: yelah2..ni plannyer..kite buat unggun api..lpstu..
Rahman: td kitorg dh buat dh..lpstu padam plak skrg..
Komot: klo mcmtu..buat blk..buat kt dpn..n yg kt blkng..k?lpstu br bole pasang pagar.
Suhaib: skrg?
Azim: jom..

Terus mereka yang terlibat dalam 5 orang pergi semula ke kem untuk menjalankan operasi. Ketika inilah bermacam-macam karenah melihat mereka berusaha keras menghidupkan unggun api. Azim bijak membahagikan tugas kepada rakan-rakannya yang lain untuk tidak membuang masa menghidupkan unggun api. Bermacam-macam ikhtiar mereka lakukan untuk menghidupkan unggun api. Rahman antara yang paling berusaha keras menghidupkan unggun api tanpa putus asa. Sementara mereka sedang berusaha, Komot pun pergi ke tempat-tempat yang disyakinya "keras" baginya untuk dibina pagar. Ketika berzikir dan berdoa, tiba-tiba....

Komot ternampak kelibat putih dari celah semak sedang duduk seperti duduk diantara dua sujud. Selepas ternampak kelibat itu, Komot terus menarik pandangannya ke tempat lain, dan Komot lebih terkejut, seolah-olah nampak semua yang ghaib di sekelilingnya. Ada yang di atas pokok, ada yang di atas khemah, ada yang sedang melihat AJK sedang menghidupkan unggun api. Seolah-olah "mereka" itu ada di sisi kita, cuma kita sahaja yang tidak nampak "mereka". Dan "mereka" ini sedikit pun tidak mengganggu. Oleh kerana Komot masih dalam keadaan yang terkejut, Komot memejamkan mata dan terus berzikir. Tidak sanggup melihat ngerinya wajah mereka.


Setelah selesai, Komot pergi menemani Rahman yang menghidupkan unggun api seorang diri. Tiba-tiba Cikgu Azman pun tiba dan membantu Rahman menghidupkan unggun api sehinggalah unggun api yang dibuat Rahman itu marak tinggi apinya. Rahman sangat berbangga dengan usahanya sehingga sempat mengambil gambar unggun api tu dan berbangga dengan rakan-rakannya. Bunyi letupan dari buluh yang dibakar dalam unggun api terus kedengaran. Tiba-tiba terdengar Zaki menjerit, Komot tersentak, kemudian Suhaib tergelak dan menceritakan peristiwa Zaki terperanjat akibat letupan buluh panas tu.


Sedang Komot dan Cikgu Azman berbicara, Azim dan AJK lain membawa seorang budak yang dalam keadaan menggigil, Azim melaporkan yang peserta ini telah ternampak "makhluk" ketika dia melalui tandas yang disediakan di lapangan.

Azim: tlg ar tgkkn bdak ni, menggigil dia td..xtau sy nk buat ape ni..xberckp ape pon..
Komot: kumpulan berapa?
budak: 2
Cikgu Azman: ada berapa ekor?
budak: 2
Komot: Cikgu Azman, sy ni tanye dia kumpulan ape
Cikgu Azman: ouh yer ker?sy saje tanye dia
Cikgu Azman: mcmane rupe dia?
Budak: mcm beruk
Cikgu Azman: warna ape?
budak: hah??erm..hitam..biru..ntah..tp gelap
Komot: haa azim..ni bole ckp bdak ni..alaa..biase la ni..1st time nmpk..
Azim: haa..tu la yg bwk sini..sy xpernah nmpk lg bende tu..
Cikgu Azman: haa..awk amik air tu..baca 3qul lpstu ayat Qursi..sikit awk minum..sikit awk sapu muka awk..


Mata pun sudah mulai mengantuk melayan cerita yang diungkit Cikgu Azman tentang Perkhemahan zaman dulu yang berbeza dengan sekarang ini. Kemudian melayan pula cerita Rahman. Akhirnya mata sudah tidak dapat tahan kepenatan lalu tidur dengan unggun api yang marak memanaskan suasana. Sedang lena itu, tiba-tiba ada la suara yang suka mengganggu rakan-rakan lain yang sedang tidur. Ada yang kejut ajak mandi di sungai la dan macam-macam la..Tapi tiba-tiba, Komot terjaga!! Kerana suara yang didengari itu adalah suara perempuan yang sedang menyanyi. Suara itu datang dari sungai, desiran sungai juga tidak dapat menutup nyanyian itu. Tiba-tiba Komot rasa ingin melarang AJK yang pergi mandi di sungai, tapi Komot tidak tahu ke mana mereka pergi. Maka Komot pun memarakkan unggun api lagi. Beberapa minit selepas itu, berhentilah nyanyian itu, Komot diamkan sahaja. Nampak beberapa AJK yang baru balik mandi pulang ke kem.

Komot pun hendak sambung tidur, tiba-tiba Komot terasa sakit di atas bahagian kaki atas, bila lihat, ada kesan gigitan, siap berdarah lagi. Komot pun cepat membasuh dengan air sungai yang berdekatan. Kemudian sambung tidur lagi. Tiba-tiba Azim mengejutkan untuk bangun tahajud serta meminta Komot menjadi Imam. Dalam keadaan mamai, Komot terus bersiap untuk solat. Sementara menunggu yang lain, Komot panaskan enjin kereta sambil-sambil tu bermuraja'ah. Tidak sampai 5 minit bermuraja'ah, maka mulalah solat Sunat Tahajjud dan solat Subuh. Diganggu dengan serangga yang asik ingin masuk ke dalam mulut dan rongga hidung Komot sehingga terganggu bacaan.

Selepas selesai menunaikan solat, Komot pun pulang ke rumahnya terus. Selepas bersalaman dengan Cikgu Azman dan beberapa AJK yang lain. Komot memandu kereta dengan berhati keluar ke jalan raya. Tiba-tiba komot rasa kurang selesa, gelisah tak tentu pasal, rasa tidak sedap hati. Komot pun cuba menguatkan radio siaran IKIM.FM walaupun siarannya tidak begitu jelas.

Tiba-tiba, kepala Komot seperti diusap-usap. Bila pegang kepala Komot, Komot tersentuh "tangan".! DUP..DAP..DUP..DAP..Jantung Komot terus kencang berdegup. Secara langsung Komot berzikir dan berdoa. Komot terasa ingin memandang belakang. Tapi masih gelisah. Perasaan ingin melihat pemilik tangan itu masih ada. Bila difikirkan, keadaan jalan raya di Ulu Yam yang gelap gelita itu, macam-macam ada. Teus teringat difikiran Komot iklan petronas yang ada hantu memberikan tisu pada si pemandu yang memandu seorang diri di tengah malam. Walau iklan itu kelakar, tapi hal ini benar-benar terjadi pada diri Komot.



Komot pun terus melihat ke belakang melalui cermin belakang. Komot mendapati ada 3 ekor/orang/makhluq(yg plg tepat sekali utk digunakn kpd mrk). Berambut panjang, mata yang bercahaya, tampak taringnya ke sisi,tapi tiada bau,mungkin akibat hidung Komot tersumbat kerana sejukkan. Jelas melihat raut wajah mereka melalui cermin itu.


Komot terus berzikir dan berdoa. Mungkin "mereka" hanyalah makhulq yang berpenghuni di kawasan hutan dan tidak mengkufurkan Allah dan tidak juga beramal soleh. Kerana mereka dalam keadaan yang biasa sahaja. Tiba-tiba yang di bahagian belakang sekali, melompat-lompat seperti kanak-kanak yang girang membuatkan kereta tidak stabil. Komot pon terus memarahi mereka "Duduk elok-elok!!Kenapa nak melompat-lompat pulak?!!".
Terus senyap "dia" itu. Seperti budak yang dimarahi. Kemudian sekali lagi ada tangan yang mengusap bahu Komot pula, Komot lebih gemuruh. Tangannya putih tetapi berkedut. Berkuku tapi tidak tajam dan tidak panjang sangat.

Komot masih lagi berzikir untuk meneguhkan hati. Tiba-tiba, di suatu selekoh, lampu kereta yg sedang High-beam menyuluh jalan tiba-tiba terpadam serta merta, seolah-olah suiz lampu itu ditutup, tidak cukup dengan itu, kedengaran pula "mereka" mengilai sekuat-kuatnya di dalam kereta tu. Komot sangat terkejut yang paling tidak dapat hendak digambarkan. Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik malam itu disimbahi cahaya bulan yang terang, masih dapat mengawal kereta untuk membelok di selekoh yang berbahaya. Cepat-cepat Komot membuka lampu semula. Dengan keadaan jantung yang berdegup deras, rasa marah pun ada. Terus Komot menjerit pada mereka: "WOOOOIII!!!ko ingat lawak ker..!!!lps ni aku nk korg kluar skrg gak!!"

Maka Komot pun berhenti di tepi jalan secara kecemasan, buka pintu dan keluar serta menjerit:
"korg keluar sekarang gak!! kalo tak,ada sebab aku bakar korg!!!nak tak!!korg jgn ingat aku main-main skrg ni!!"

Satu per satu makhluq itu keluar dengan kepala yang tertunduk dan yang terakhir dari kalangan mereka meminta maaf pada Komot dengan suara yang agak kecil :"Ampun.." Kemudian mereka pergi ke hutan semula.


Komot meneruskan perjalanan dengan keadaan jantung yang masih berdegup kencang kerana peristiwa tadi. Komot cuba tenangkan dirinya. Selepas melalui kawasan berbukit dan hutan itu, Komot berasa lega. Setibanya ke rumah, cepat-cepat Komot mandi dan makan sarapan dengan ibubapanya. Selepas makan, Komot berasa sangat penat dan letih. Komot pun pergi tidur. Bila Komot bangun, badannya sudah berat dan tak berdaya, bila diperiksa, suhunya tinggi, petanda demam.


Kaki Komot tiba-tiba gatal dan sakit, bila melihat, kakinya ada tanda gigitan 2 taring yang kecil, dan bengkak. "Mungkin digigit pijat atau serangga-serangga kecil" kata Komot dalam hatinya untuk mengelakkan dari memikirkan sebab lain yang lebih teruk. Tiba-tiba Komot mendapat SMS drpd Ali "Komot..ko xpegi Kem Asas kn?".

Komot pun balas "Aku demam ar..xdpt nk pegi..rsenyer ptg n mlmni ramai ust kt sne"

Ali balas "Aku risokn adik aku tu..ko ok x?"

Komot berbicara dalam hati "aik..dia ni mcm tau2 jer..at the right time plak tu..". maka Komot pun balas "Aku ok..demam skit jer"

Bila beberapa hari berlalu, Cikgu Azman bercerita kepada Komot, malam terakhir perkhemahan itu, mereka diganggu begitu banyak makhluq.

Cikgu Azman: Komot!!malam yang kamu xde tu..`diorg' tu berpesta..banyak gile kes..ade yg kt dlm van la..ade yg dh pagar..skali ade makhluq tu kt dlm n xbole kluar..mcm2 la bile kamu xde..
Komot: laa..ye ker?sy demam la..sbb balik tu..ade yg nk ikut gak..dia gi kaco nyer sy time drive tu..
Cikgu Azman: hahahaha!!selama ni buat prgm kt situ xde pon jd mcmni, ni tiba-tiba nak jadi plak.
Komot: tu la..mula2 tgk kt situ ok jer..xsangka plak jd mcmtu..tau klo jd mcmni..pasang tembok plak lpsni..
Cikgu Azman: ptg tu..kem bersepah..diorg ni sy dh ingatkan kebersihan..tp tidak..
Komot: padan la...

SPM..seperti saat burung hendak terbang pertama kali.




Ketika seekor anak burung yang baru sahaja menetas dari sebiji telur, dia telah berada dalam keadaan yang selamat di dalam sarangnya berdampingan dengan ibu burung serta anak-anak burung yang lain. Dia melihat ibu burung itu menyerupai sepertinya tetapi saiznya lebih besar. Dia juga tidak mengetahui apa-apa apabila baru sahaja menghirup nafas di dunia ini.

Apabila dia lapar, ibu burung akan memberikan makanan kepada semua anak-anak burung di dalam sarang burung itu. Diberikan makanan itu sama rata sesama mereka. Jika keadaan sarang burung itu mengalami kerosakan sedikit, ibu burung akan terus membaikinya agar anak-anak burung di dalamnya dalam keadaan selamat. Ibu burung terus menjaga, mengasuh, mendidik, memberi makan, dan memelihara mereka sehingga mereka membesar menjadi seekor burung dewasa sepertinya.

Anak-anak burung melihat ibu burung mampu terbang ke langit tinggi, dan mereka juga ingin berbuat seperti demikian, tetapi malangnya sayapnya terlalu kecil untuk dikepakkan, kaki pula masih tidak dapat berdiri dengan betul, bila melihat kedudukan sarang yang tinggi di atas pokok, masih tiada keyakinan untuk mencuba terbang seperti ibunya.

Maka masa silih berganti, musim silih bertukar, sedar tidak sedar, anak-anak burung sudah membesar menjadi dewasa. Sudah memiliki sayap yang besar. Sudah tegap berdiri di atas kaki sendiri. Sudah mempunyai keyakinan diri kerana anak burung ini sudah membesar seperti ibunya.

Selepas sekian lama belajar daripada ibunya dengan pemerhatian, kini sudah tiba masanya anak burung ini mencuba untuk terbang seperti burung-burung dewasa yang lain. Mereka yang selama ini melihat kebanyakkan burung terbang ke langit tinggi, sudah sampai masanya untuk mereka cuba mencapai cita-cita mereka selama ini.

Akhirnya mereka lompat dari sarangnya yang sudah menjadi saksi tempat mereka membesar selama ini. Mereka mengepakkan sayapnya dan cuba untuk menstabilkan diri agar dapat terbang dengan elok. Mungkin ada di antara anak burung ini tidak dapat terbang dengan lancar pada permulaannya, tetapi setelah mengenalpasti kesilapannya, dia mencuba lagi dan berjaya terbang terus ke langit tinggi bersama-sama burung yang lain.

Mereka berbangga kerana telah berjaya dengan usaha mereka dan terus terbang ke langit tinggi. Terus meluncur dengan burung-burung yang lain melihat betapa luasnya dunia ini. Mereka sudah mahir terbang dan terus terbang. Mereka juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang baru serta burung-burung dewasa yang lain. Mereka sudah pandai mencari makanan sendiri. Mereka juga sudah pandai membina sarang yang baru. Sehinggalah mereka juga berjumpa dengan teman hidupnya dan membina kehidupan yang baru.

Mereka telah melalui semua itu dan berseronok malah berbangga. Tetapi, mereka terlupa tentang sesuatu, mereka terlupakan tentang ibu mereka yang membesarkan mereka serta sarang yang menjadi saksi mereka membesar serta saksi kepada usaha ibu mereka yang membesarkan mereka.

Si ibu terus menantikan anak-anak burung itu jika mereka menjumpai sarang itu kembali. Si ibu menitiskan air mata pada saatnya mereka semua sudah terbang ke luar sana. Titisan itu bukanlah kerana dia ditinggalkan oleh mereka, tetapi si ibu berbangga kerana anak-anak burung ini sudah meningkat dewasa dan sudah boleh menjaga diri sendiri.

Walaupun ibu burung menanti di sarang itu, tetapi ibu burung tidak membuang masa hanya dengan menunggu sahaja, tetapi ibu burung terus menjaga dan membesarkan anak-anak burung yang baru di sarang itu. Membesarkan dengan cara yang sama seperti anak-anak burung yang sebelum ini dengan harapan mereka ini akan menjadi lebih baik dari dirinya yang sudah tua di telan zaman ini.

Selalu sahaja ibu burung ini bertekad diri dengan azamnya kepada anak-anak burung ini:

"Aku akan jadikan kau lebih baik dari diriku ini dan engkaulah yang akan memenuhi angkasa raya di atas kepala ku ini setelah aku tidak lagi berdaya."

SPM itu Tiket?


Sedar tak sedar, sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan masa yang lepas. Kini sudah hampir tahun 2008 menutup tirainya. Sudah kita sedia maklum, jika pengakhiran tahun ini di Malaysia, pasti akan tiba suatu peperiksaan yang sangat besar bagi semua pelajar Tingkatan 5 di Malaysia, itulah ia Peperiksaan SPM.

Saya selaku salah seorang Pembantu Makmal di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia ini, mewakili semua Pembantu Makmal SeMalaysia ingin mengucapkan kepada semua calon Peperiksaan SPM di seluruh negara..; "Selamat menduduki Peperiksaan SPM dan Semoga Maju Jaya!! Lakukan yang terbaik!! Jawab elok-elok!!"
hmm..Tiba-tiba saya terfikir sesuatu, kenapa pula mengucapkan "selamat" untuk mereka yang ingin menduduki peperiksaan ini atau apa-apa perayaan seperti "Selamat Hari Raya" atau "Selamat Jalan"? Kenapa tidak ucapkan "Happy" atau apa-apalah.? Bukankah ucapan "selamat" itu seperti kita mendoakan semoga ia selamat melalui sesuatu?

Bila melihat kepada statistik, sememangnya wajarlah ucapan selamat diajukan kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung atau pun ingin pergi ke jalan raya. Kerana terlalu ramai yang menghadapi kemalangan jalan raya ketika ingin pulang beraya ataupun melalui jalan raya.

Saya teringat suatu peristiwa di tahun 2005, di mana terdapat laporan seorang calon SPM meninggal dunia ditimpa kemalangan ketika beliau ingin pergi belajar bersama dengan kawan-kawannya dan kejadian itu adalah sangat berdekatan dengan rumahnya. Memang sangat tragik laporan tersebut. Ada juga laporan pada tahun yang sama juga terdapat calon SPM yang ditimpa kemalangan jalan raya ketika pulang ke rumah setelah selesai menduduki kertas SPM.

Maka sememangnya wajar diucapkan "Selamat menduduki SPM" kepada semua calon SPM kerana kebanyakkan daripada mereka sudah mula menunggang motorsikal serta memandu kereta. Pandulah dengan cermat, ingatlah yang anda belum dapat keputusan SPM lagi dan ingatlah yang tersayang. Jangan jadikan Pengawas Peperiksaan menunggu anda terlalu lama. Anda mampu mengubahnya.

Saya bukanlah ingin menakutkan para pembaca. Tetapi sekadar mengingatkan para pembaca bahawa kita seharuslah senantiasa bersedia untuk kematian, bukanlah mengharapkan kematian itu datang kepada kita terus. Melainkan mati syahid yang menjadi cita-cita tertinggi kita.

Kepada semua calon SPM di seluruh negara, buatlah yang terbaik untuk SPM pada tahun anda. Kerana anda adalah harapan Negara. Jangan sia-siakan usaha anda selama 11 tahun anda menuntut ilmu di dunia ini.

Dan seterusnya ucapan khusus buat semua calon SPM Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak. Ana mendoakan kejayaan antum dan kita semua serta kesejahteraan kita bersama. Berusahalah semaksimum mungkin, jangan cepat putus asa.

Dalam setiap usaha antum semua, jangan lupa akan doa yang semaksimum mungkin untuk kita panjatkan kepada Illahi yang Maha Pemberi Rezeki (ar-Razaak). Berikanlah sedikit masa kita kepada-Nya agar kita menyerahakan segala usaha kita selama ini bukan sahaja semata-mata untuk mendapat keputusan yang terbaik, malah kita berdoa agar semua usaha yang kita kerahkan hanyalah semata-mata untuk mendapat redho-Nya. Ambillah sepertiga malam untuk sujud menghadap Illahi bermunajat sebentar kepada-Nya. Kita sangat dekat pada Allah dalam keadaan kita bersujud pada-Nya, maka mengadulah kepada-Nya.

Janganlah lupa untuk menyingkapi al-Quran sebentar untuk menenangkan hati yang lara lagi gelisah kerana merisaukan natijah(hasil) daripada apa yang kita usahakan selama ini terutamanya pada SPM itu sendiri. Ambillah 'ibrah(pengajaran) juga daripada al-Quran sebagai motivasi kita menghadapi hari esok.

Pergilah tatap wajah ibubapa antum semua sebagai pendorong dan motivasi untuk antum terus berusaha, yang selama ini, mereka tidak pernah berputus asa berusaha demi antum, anak-anaknya yang dikasihi lagi dicintai. Belum tentu jasa mereka dapat dibayar dengan keputusan SPM antum, tapi mereka cukup bersyukur akan usaha mereka selama ini yang cukup membanggakan mereka. Kalau ada yang ibubapanya pergi menunaikan haji di Mekah, cubalah untuk menelefon mereka, sekurang-kurangnya dapat mendengar suara mereka mengubat kerinduan antum.

Jangan lupa juga meminta redho guru-guru antum yang berusaha mengasah antum menjadi lebih baik dari sebelum ini. Tanpa mereka, kita tidak mampu melonjak ke hadapan, mara dengan yakin, dan usaha yang berhasilan. Ingatlah!! Daripada usaha seorang guru itulah, mampu menghasilkan seorang doktor, jurutera, jurubina, peniaga hebat, pembantu makmal, malah seorang Perdana Menteri sekalipun.

Bantulah sesama antum, rakan-rakan seperjuangan(rufaqa') yang berjuang daripada awal hinggalah pengakhiran jiwa raga antum. Cukup-mencukupilah sesama antum kerana ana tahu antum semua telah kenal diantara satu sama lain malah sudah memahami isi hati rakan-rakan yang lain. Maka bagi menyempurnakan usaha antum selama ini, biarlah kita mengecapi kejayaan bersama-sama.

Jika berlaku dalam kesukaran atau kesusahan, bersedekahlah kerana ia dapat mengurangkan beban antum (al-Mujadalah:12). Dan bertaqwalah di mana sahja antum berada kerana Allah akan memberikan jalan keluar dari segala kepayahan. Malah memberi rezeki dari sudut yang tidak disangka-sangkakan. Kemudian bila sudah menerima segala ketentuan dan ketetapan (qada' qadr) Allah, maka bertawakallah dan bersyukurlah kepada Allah kerana Allah akan mencukup keperluanmu (at-Tholaq:2-3).

SPM bukanlah segala-galanya. Selagi kita bernafas, kita mesti meneruskan kehidupan kita, tetapi SPM ini mampu membantu kita sebaik mungkin untuk masa akan datang kita. Maka jangan ambil mudah, jangan cepat kecewa dan jangan pula buat orang lain kecewa kepada kita, terutamanya ibubapa kita sendiri. SPM ini adalah tiket bonus untuk kita berladang di dunia ini agar ladang kita memberikan hasil dan menjadi bekalan kepada kita untuk ke kampung yang abadi iaitu akhirat nanti.


Sungguh....ana akan merindui saat kita bersama dahulu. Biarlah memori kita bersama selama ini akan terus kita ingat dan menjadi motivasi kepada kita tentang cita-cita kita. Iaitu akan berdampingan di syurga bersama-sama nanti.

Thursday, November 6, 2008

Seluruh Dunia meletakkan Harapan kepada Seorang sahaja?


Baru-baru ni kita mendengar berita tentang kejayaan Barrack Obama memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat dan telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Bahkan berita tentangnya sangat terhebah luas ke serata dunia. Begitu perihatin masyarakat dunia tentang orang ini sehingga segala latar belakang tentang dirinya diketahui oleh semua penduduk dunia ini. Baik di Asia mahupun di Afrika. Mereka menyatakan sokongan serta harapan yang sangat tinggi kepada lelaki ini. Mengapa isu ini begitu penting bagi masyarakat dunia?

Adakah mungkin kerana Amerika yang digelar "Polis Dunia"? Maka dunia ingin tahu siapa pula yang akan mentadbir kuasa besar dunia ini.

Adakah mungkin kerana Dasar Luar Negaranya(Amerika) yang selalu merisaukan masyarakat dunia hari ini? Maka dunia ingin mengambil tahu tentang pembaharuan Dasar Luar Negara yang terbaru ini membawa berita gembira.


Adakah mungkin kerana ingin melihat kepentingan masing-masing terhadap polisi Amerika yang baru? Maka dunia benar-benar ingin memastikan agar polisi Amerika kali ini tidak mengecewakan.


Kerana seorang ini sahaja, dunia sangat mengenali beliau serta terlalu mengambil tahu segala daripadanya, dari peribadi sehinggalah penetapannya pada polisi-polisinya. Sekarang menjadi tanda tanya kepada dunia tentang kabinet beliau yang akan dilantik nanti. Seolah-olah nasib dunia ini terletak pada sebuah rumah yang dicat putih itu.

Inilah keadaan masa kini. Seluruh dunia merujuk kepada Amerika. Mengapa jadi begini sehingga mereka dipandang sebegitu?

Tetapi, hal seperti ini sebenarnya pernah berlaku dan ia berlaku pada orang Islam. Kita tidak pernah berasa hairan kerana dahulu dunia juga merujuk kepada dunia Islam suatu ketika dahulu.


Sultan Abdul Hamid II

Suatu ketika dahulu, orang inilah yang dilihat seluruh dunia tentang dirinya. Segala dasarnya dan keputusannya juga sangat dinantikan. Inilah lelaki yang dipanggil Khalifah Islam.

Dahulu tentera Islam antara tentera yang tercanggih di dunia. Pasukan tentera yang menggunakan senapang terlebih dahulu di dalam sejarah dunia. Teknologi meriam paling awal dan paling berkesan dalam sejarah pembuatan senjata balistik. Armada kapal perang yang terbesar di Eropah ketika eranya.

Sistem kewangan yang lebih bermanfaat kepada rakyat jelata tak mengenal bangsa mahupun agama. Semuanya dijaga kebajikan masing-masing. Cukai yang dikenakan pula sedikit pun tidak membebankan, tetapi orang-orang di Venice,Italy mengambil peluang untuk meningkatkan cukai untuk para pedangang. Orang Islam pula yang difitnah oleh para penulis Orentalis bahawa kerajaan Islam menaikkan cukai perdagangan di pintu masuk Eropah.


Dasar luar negaranya juga sangat disenangi dengan negara-negara jiran mahupun negara musuh. Bahkan negara-negara yang kecil di Eropah juga meminta perlindungan Kerajaan Islam. Mana-mana negara yang ditawan kerajaan ini, pasti merasa hairan kerana mereka tidak sedikit pun terasa dijajah.

Selama beratus tahun Kerajaan Islam sangat gemilang. Sekarang ia tidak lagi seperti dahulu. Digulingkan, dihinakan, dilarang sebarang perkara yang mempunyai sangkutan dengan pemimpin yang bergelar Khalifah itu.


Pada tahun 1925, kerajaan Turki Moden yang telah menggulingkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah, telah mengharamkan semua rakyat Turki memakai tarbus. Ketika itu, berlaku bantahan besar-besaran terhadap penetapan kerajaan baru ini, mereka keluar ke jalan-jalan utama dengan memakai tarbus demi membantah pengharaman terhadap tarbus.


Kenapa tarbus diharamkan ketika itu? Apabila Mustafa Kamal Attarturk menggulingkan pemerintahan khalifah Islam, dia merasakan selama ni orang Turki tak moden seperti Barat. Jadi dia gantikan tarbus tu dengan topi tinggi orang-orang barat. Malah sesiapa yang memakai tarbus akan ditangkap. Sehinggalah jutaan orang ditangkap hanya kerana mereka memakai tarbus. Sehinggakan hukuman gantung akan dikenakan kepada mereka yang berdegil. Dan ratusan orang mati hanya kerana memakai tarbus yang mereka bangga kerana ia seolah-olah menunjukkan kebanggaan nenek moyang mereka yang berjuang demi ISLAM.

Tapi kini. Ramai anak muda sekarang, yang seolah-olah malu akan keturunan mereka yang terdahulu, tidak maju dan kolot. Sehinggalah mereka memilih jalan mereka yang mereka lebih baik daripada apa yang dikecapi oleh orang terdahulu.


INGAT!!! DAHULU KITA SANGAT GEMILANG!!!

Dan kita terus meletakkan harapan kepada seorang yang duduk di dalam rumah yang dicat putih itu.

Saturday, November 1, 2008

Percanggahan pendapat tentang pengakhiran Bumi?

Baru jer selesai tengok cerita dokumentari "The Universe"..menarik..kerana mereka membawa perihal tentang pengakhiran Bumi dengan penerangan saintifik.

Ada fakta yang diterangkan sangat bersangkut dengan apa yang telah diterangkan di dalam al-Quran tentang Hari Kiamat. Ya Allah!! Apabila melihat gambaran secara grafik bergerak yang membayangkan pengakhiran Bumi, terasa sangat gerun dan menakutkan. Tiba-tiba sejenak terfikir, "kenapa selama ni baca al-Quran xterasa segerun ni?". Mungkin sekadar membaca sahaja, tapi tidak mengambil sebarang 'ibrah (pengajaran) daripada al-Quran. Nauzubillah.

Fakta tentang percanggahan pengakhiran Bumi;

Pendapat pertama:
-bila kita melihat langit dan memerhatikan pada suatu bintang yang tetap, kita akan mendapati saiz bintang itu akan bertambah.
-Kenapa jadi begini? Ramai ulama' berpendapat..eh silap..saintis berpendapat bahawa bukan saiz bintang itu yang bertambah, tetapi ia semakin menghampiri galaksi kita.
-Bagaimana ia boleh menghampiri Galaksi kita? kerana tarikan graviti pusat cakerawala(Milky Way) yang kita duduk ni semakin kuat.
-Macamana tarikan tu bole kuat? Haa..kat sini ada percanggahan lagi; ada yang kata ditengah2 galaksi ni ada lohong hitam(black hole), dan ada yang kata kuasa tarikan itu semakin kuat akibat daripada pertambahan saiz center galaksi itu akibat penggabungan dgn jirim2(mass) yang berhampiran dengannya. Pendapat paling kuat adalah yang pertama tentang lohong hitam, tapi saintis yang berpendapat kedua telah mengkafirkan saintis yang berpendapat pertama. Maka kedua-duanya jatuh kafir..(hahahahaha!! xmemasal jer)
- Jadi oleh kerana semuanya semakin tertarik, pasti akan berlaku perlanggaran dan berlaga di antara satu sama lain.
- Pada asalnya semua berada pada orbit masing2, tapi jika ditarik pada suatu kuasa yang kuat, mereka masih dalam orbit masing2, cuma orbit menjadi semakin sempit dan membuatkan mereka(bintang2) membebaskan tenaga yang lebih akibat ruang yang semakin mengecil.
- Maka benda2 yang kecil semuanya akan terbakar.
- (yang menarik dalam fakta ini); dlm dokumentari tersebut ada menyebutkan "keadaan ketika itu seolah2 kita semua digulung seperti menggulung tikar, dan menjadi rapat diantara satu sama lain"..
wa syamsu kuwwirat...
- keadaan bumi ketika itu, air laut akan tersejat kerana kepanasan yang melampau(wa izhal biharu sujjirat..wa izhal biharu fujjirat)..dan bumi akan merekah seperti tanah yang gersang kekeringan air tampak seperti rata(wa izhal ardhu muddat)..
- bila semuanya dihimpunkan (wa jumi'a syamsu wal qamr) menjadi satu belon yang padat dengan air sehinggakan belon pun tak dapat menambung kepadatan tersebut serta tenaga di antara satu sama lain, maka booooom!! pecah..terjadi suatu letupan yang besar (big bang).
- Ketika big bang itu, semuanya menjadi serpihan halus seperti debu(wa izhal jibalu nufisat)..
- Dialog dalam dokumentari tu mcmtu la sebutnya..

Pendapat Kedua:
- Setiap planet punya tenaga dan sumber masing2, dan perlepasan tenaga tersebut akan terus berjalan, bagi setiap bintang2, mereka akan terus membakar. Boleh digambarkan seperti sebuah arang batu yang dibakar. Arang batu akan terus membakar sehinggalah ia tidak mampu membakar lagi dan menjadi abu.
- maka begitulah juga yang akan berlaku pada matahari.
- Apabila tiada lagi cahaya matahari, bumi akan terus merasa sejuk dan diliiputi kegelapan dan salji sejuk.
- Melihat langit juga tidak bercahaya kerana semuanya malap tidak bertenaga(wan syaqatis samaa'u fahiya yauma-izin wahiyah)..
- sehinggalah lohong hitam memakan semuanya(bintang2 tu) dan kemudian menjadi generasi baru yang dilahirkan.

conclusion: yang mana satu pendapat lebih kuat?dlm cerita tu kata yg kedua lebih kuat. tapi kita sudah ade al-Quran tentang Hari Pengakhiran tu..cuma cara penyampaian mereka tu yang menggemparkan tu..Sekali lagi..mereka saling kafir-mengkafirkan mana yang tidak menerima pendapat mereka walhal mereka itulah yang kafir sedang mereka semuanya memang kafir!!(hahahahahaha!!sengal sekali lagi)
- Kita mampu tentukan kebenaran kerana kita sudah beriman dengan Hari Akhirat yang telah diceritakan dalam al-Quran.

lepas tu..sejenak terfikir lagi; "Kenapa org bukan Islam mampu menceritakan hal sedemikian sedang tidak ada sebarang production drpd org islam ttg dokumentari seperti ini?"

Sebenarnya memang ada, seperti Harun Yahya telah banyak membuat dokumentari tentang kebesaran Allah dan isi kandungan al-Quran itu sendiri. Tapi kenapa dia seorang sahaja? Kalau di Astro tu..terlalu banyak cerita dokumentari berkenaan sains yang dibuat oleh orang-orang kafir. Pasal beruk mereka buat, pasal gajah mereka buat, pasal kumbang pon mereka buat, pasal labah-labah pun mereka buat, pasal bencana alam mereka buat, pasal alam semesta mereka buat, pasal tangkap ketam pon mereka buat jugak.. Kita? Sekadar tengok dan mendapat fakta. Tapi disebalik usaha mereka, mereka tetap berkeras kepada pemahaman saintis sebelum ini iaitu dalam falsafah darwin; "segala kehidupan ini adalah hidup di atas kemahuan dirinya". Banyak peluang yang mereka cuba selitkan nilai-nilai yang menolak ketuhanan. Apa lagi nikmat Allah yang mereka ingin dustakan.

Kenapa kita tak cuba untuk membuat dokumentari seperti mereka? Hehe..saya ada terfikir jawapannya, tapi tak tau la betul ker x?hehe..tp rasanyer ni lebih kpd gurauan ar..hehe..

Mungkin sebab kita nampak kerjaya yang lebih baik ialah seperti doktor; rawat orang sakit, gaji mahal.
atau engineer; buat bangunan ker kete ker korek minyak ker ape2 laa..gaji mahal..
atau arkitek; lukis2, kira2, lpstu present..dpt tender..gaji mahal..
jadi pembantu makmal; dok kt makmal memanjang, sediakn barang2 utk eksperimen,kadang2 xsediakan gak..lpstu dpt gaji..hehe..sory

(hehe..)

Kenapa kita tak memilih untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada yang lain?
Kebanyakkan orang yang membuat dokumentari tu, pakar monyet, pakar gajah, dan macam2 pakar la..
Di Malaysia ni ada banyak misteri yang kita belum bongkari tapi tiada orang yang sudi untuk mengajak rakyat Malaysia untuk kita berfikir tentang misteri itu.

Antara contoh yang sangat misteri bagi saya; tentang ulat gonggok..ulat ni makan ape?kenapa dia suka bergulungkan diri?kenapa mesti ulat ni banyak sangat kaki?aaaaarrggh!!dh terlalu banyak persoalan dlm kepala ni..